MotoGP - Azlan Shah KamaruzamanPELUMBA Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan hari pertama sesi ujian pra-musim Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dengan keputusan yang positif di Litar Valencia, Sepanyol, semalam.

Beraksi dalam keadaan cuaca sejuk tidak menghalang pelumba Honda Team AsiaĀ itu untuk mencatat masa peribadi terbaik, 1:38.550s pada sesi ujian ketiga, meletakkannya di kedudukan ke-25 keseluruhan.

Rakan sepasukan Azlan dari Jepun, Takaaki Nakagami mencatat masa keenam terpantas, 1:36.768s sambil Mika KalioĀ daripada pasukan Marc VDS Racing Team muncul pelumba terpantas dengan masa 1:36.206s.

ā€œMasih terlalu awal untuk membuat sebarang tanggapan namun setakat ini, saya cukup berpuas hati dengan keputusan yang dicapai pada hari pertama,ā€ kata Azlan.

Meskipun menunggang jentera Kalex 2013 berbanding kebanyakan pelumba di grid yang menggunakan jentera baharu 2014, Azlan tetap percaya beliau mampu tampil lebih baik berbanding aksinya pada musim lepas.

ā€œMenggunakan jentera Kalex 2013 berbanding jentera baharu tidak memberi banyak kesan kepada saya. Kami menghabiskan masa seharian untuk menguji casis lama ini dan saya dapati ia cukup sesuai dengan gaya saya. Jenteranya mudah dikendalikan dan saya juga berasa yakin walaupun sudah sampai ke tahap maksimum.

ā€œCuma keadaan cuaca agak sejuk, jadi kami hanya memberi tumpuan untuk mengumpul data secukupnya, selain memastikan semua yang dirancang berjalan dengan baik.ā€

Tambah Azlan, ā€œSecara keseluruhan, saya gembira kerana dapat kembali ke litar setelah berehat panjang. Kami akan terus melakukan perubahan terhadap jentera untuk mendapatkan masa yang lebih baik sebaik sesi ujian pra-musim berakhir esok.ā€

- Advertisement -