Datuk Ong Kim Swee sedang mencari pemain pertahanan baru untuk perlawanan menentang Yaman.
Datuk Ong Kim Swee sedang mencari pemain pertahanan baru untuk perlawanan menentang Yaman.

PENGENDALI sementara pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sedang memberi perhatian untuk mencari pemain pertahanan terbaik yang akan diserapkan ke skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Yaman, 5 Mac ini.

Kim Swee berkata benteng pertahanan Harimau Malaya antara posisi yang perlu diberi perhatian dan beliau akan cuba mencari pemain terbaik dalam tempoh dua minggu.

Katanya, semua pemain akan diberikan peluang, namun hanya pemain yang paling menyerlah dalam Liga Malaysia (Liga M) akan mendapat keutamaan untuk diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan.

ā€œPosisi terutama yang saya lihat amat ketara adalah di bahagian pertahanan, dan itu amat merisaukan kerana pemain yang bermain dengan skuad kebangsaan sebelum ini pun tidak beraksi dengan pasukan mereka sendiri.

ā€œSemua pemain akan diberi peluang yang sama, dan sesiapa yang menyerlah dalam liga kita jugaĀ akan diberi peluang. Ada pemain yang dikenal pasti, tapi saya masih mempunyai beberapa kekosongan di beberapa posisi. Jadi dalam masa dua minggu ini saya akan membuat keputusan untuk panggil pemain terbabit,ā€ katanya.

Kim Swee ditemui ketika hadir menyaksikan perlawanan antara Kelantan menentang Sabah dalam aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Kim Swee juga berkata, dia akan membuat sedikit rombakan kecil dalam skuad kebangsaan mengikut keperluan pasukan, malah mengakui memerlukan pemain cergas untuk beraksi di pentas antarabangsa.

ā€œIni adalah satu cabaran selepas dilantik sebagai jurulatih sementara. Akan ada sedikit saja rombakan, namun saya memerlukan pemain yang cergas untuk perlawanan antarabangsa,ā€ katanya.

 

- Advertisement -