Sukma XVII Perlis 2014 – Wilayah Sandar Enam Berpengalaman

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2014/05/sukma-xvii-perlis-2014-wilayah-sandar-enam-berpengalaman">
Twitter
Pinterest

Sukma XVII Perlis 2014 LogoPEMENANG gangsa acara bola sepak pada temasya Pahang 2012, Wilayah Persekutuan yakin memperbaiki kilauan pingat apabila acara bola sepak SUKMA XVII membuka tirainya di Perlis 2014.

Pasukan yang dibimbing jurulatih Razak Jaamadi dan penolongnya, Ghani Long dan diperkuatkan dengan enam pemain yang beraksi pada temasya dua tahun lalu, sudah memulakan latihan intensif di Pusat Latihan Maybank, Bangi sejak beberapa minggu lalu.

Hasil daripada latihan serta beberapa perlawanan persahabatan, pasukan itu juga menunjukkan perkembangan positif dari segi corak permainan dan persefahaman pemain.

Menurut pengurus pasukan, Yuswardi Toni, antara muka lama yang memperkuatkan Wilayah Persekutuan di temasya Perlis nanti adalah empat yang kini menganggotai skuad Tentera dalam Liga super, seorang bersama skuad Piala Presiden Polis dan seorang skuad Piala Presiden Felda United.

“Antara tonggak yang diharapkan dapat menguatkan pasukan Wilayah Persekutuan kali ini ialah tiga pemain Liga Super ATM, Mohd Safwan Hashim, Mohd Amar Aziz dan Syazuan Hazani yang beraksi di Pahang, dua tahun lalu,” katanya.

Wilayah Persekutuan yang diundi dalam Kumpulan C bersama Selangor, Melaka dan Pulau Pinang dijangka mudah menguasai saingan peringkat kumpulan.

“Berdasarkan saingan peringkat awal, seharusnya kami mampu melepasi ke pusingan seterusnya tetapi format saingan suku akhir hanya akan ditentukan pada mesyuarat pengurus pasukan, 22 Mei ini.

“Buat masa ini, kami tidak mahu terlalu memikirkan lawan dan akan fokus satu demi satu perlawanan,” kata Yuswardi.

Pada saingan di SUKMA 2012, Wilayah Persekutuan yang dibimbing jurulatih Razip Ismail ketika itu, tewas kepada Perak dalam saingan separuh akhir sebelum menewaskan Negeri Sembilan dalam penentuan pingat gangsa.

Please follow and like us:
0