Norizman Ismail 2 and Zamri Baba 12 during the CP130 race in Kluang

Two-time CP130 Champion, Norizman Ismail put in a dominant performance and took a shock victory to end Mohd Zaqhwan Zaidi’s winning streak in Round Six of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Stadium Kluang, Johor on Sunday.

The Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing ace led the 18-lap wet race from start to finish despite having to fend of Zaqhwan (Givi Honda Yuzy Racing)  before the latter crashed out in the eighth lap,  taking out Ahmad Afif Amran and Mohd Fitri Ashraf Razali in the process.

Following the pile-up, Mohd Zamri Baba sneaked into second and the duo started to duel for lead but Norizman proved he was much quicker in the wet, ending the race as champion in 14’56.458s.

Zamri settled in second with 14’57.576s with a 1.118 second difference while Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) finished third, 15’00.359s.

“We had an amazing race. Not only did we win, we bagged a 1-2 finish for SCK!” said a delighted Norizman during the post-race press conference.

He went on to reflect on the race and commented, “It was very challenging. I had a good start and pulled away immediately but in the third lap I made an error and Zaqhwan managed to close the gap. We battled closely until the team informed me he crashed at turn eight.”

“From there I went head-to-head with Zamri which was very exciting. Although we had identical bikes, we pushed each others’ limit and almost crashed. That was when we dialed back our pace and focused on securing a double podium for the team. All in all it has been a great weekend here in Kluang and hopefully we can keep winning like this in the remaining rounds,” he said.

Hauling 98 points, Norizman moves up to second overall in the CP130 standings, two points adrift Zaqhwan with 100 points. PETRONAS Yamaha CKJ’s Mohd Affendi Rosli who finished fourth today takes third with 76 points.

Meanwhile Mohd Izzat Zaidi bounced back from an early slip-up to secure his third win for the season and continue Motul Yamaha YY Pang’s domination in the intermediate CP115 category.

The victory in Kluang marks Izzat’s third win this season after Batu Kawan and Temerloh.

Izzat completed the 15-lap race in 12’03.041s while Mohd Amirul Ariff Musa (Givi Honda Yuzy Racing) came in second in 12’04.000s followed by Zaidy Mohd Zaifaizal third, 12’05.092s.

However Zaidy still remains in control of the CP115 standings with 119 points seven points ahead of Izzat with 112 points. Tengku Amirul Haffiruddin takes third overall with 88 points.

YY Pang are not the only ones continuing their winning streak as youngster; Khairul Idham Pawi secured his fifth successive victory in the WIRA category.

The Kozi Yam Honda Racing took full advantage of his pole position to lead the entire 12-lap race, stopping the clock at 9’49.059s, 9.716 seconds ahead of Felda Pbafb Tech Racing’s Saiful Izman Ahmad Zamani and Mohd Fairuz Nasir with 9’58.772s and 10’01.932s respectively.

Picking up 25 points from this leg, Khairul extends his lead to a whopping 141 points in the WIRA standings followed by Mohd Afiki Supaat and Khairul Ikhwan Ajis  with 83 points and 71 points.

Round Seven of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship will take place at Teluk Intan, Perak this 27 and 28 September.

Results

CP130

Race
1.Norizman Ismail (Honda) 14’56.458s 2.Mohd Zamri Baba (Honda) 14’57.576s 3.Mohd Adib Rosley (Yamaha) 15’00.359s 4.Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 15’04.563s 5.Sasitharen Sukumaran (Honda) 15’04.833s

Overall Standings
1.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 100 points 2.Norizman Ismail (Honda) 98 points 3.Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 76 points 4.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 73 points 5.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 61 points

Team Awards
1.PETRONAS Yamaha CKJ 149 points 2.Givi Honda Yuzy Racing 141 points 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 145 points 4.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing A 100 points 5.Motul Yamaha YY Pang 99 points

 

CP115

Race
1.Mohd Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 12’03.041s 2.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 12’04.000s 3.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 12’05.092s 4.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 12’11.953s 5.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 12’19.022s

Overall Standings
1.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 119 points 2.Mohd Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 112 points 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 88 points 4.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 83 points 5.Mohd Syafiq Rosli 63 points

Team Awards
1.Motul Yamaha YY Pang A 200 points 2.Motul Yamaha YY Pang B 143 points 3.Givi Honda Yuzy Racing 122 points 4.M Seki Liberty Honda 98 points 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 59 points

 

WIRA

Race
1.Khairul Idham Pawi (Honda) 9’49.056s 2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 9’58.772s 3.Fairuz Nasir (Yamaha) 10’01.932s 4.Mohd Afiki Supaat (Yamaha) 10’02.687s 5.Mohd Qhuwarismi Nasir (Honda) 10’09.930s

Overall Standings
1.Khairul Idham Pawi (Honda) 141 points 2.Mohd Afiki Supaat (Yamaha) 83 points 3.Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 71 points 4.Mohd Harith Farhan Baharin (Honda) 59 points 5.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 55 points

 

HUJAN BANTU NORIZMAN TAWAN KLUANG

Beraksi di litar basah memberi kelebihan buat Norizman Ismail untuk memenangi perlumbaan CP130 sekaligus menyekat penguasaan Mohd Zaqhwan Zaidi pada perlumbaan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Kluang, Johor, hari ini.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing yang memang diakui sebagai pelumba handal di litar basah menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’56.458s menewaskan rakan sepasukan yang juga handal di litar basah, Mohd Zamri Baba. Zamri menamatkan saingan dengan masa 14’57.576s manakala Mohd Adib Rosli (Motul Yamaha YY Pang) di kedudukan ketiga dengan masa 15’00.359s.

“Sebaik hujan turun sebelum perlumbaan bermula, saya sedar saya mempunyai sedikit kelebihan untuk memenangi perlumbaan ini. Saya cuma perlu memastikan dapat bermula dengan baik dan tidak ketinggalan kepada Zaqhwan di awal perlumbaan. Saya berpuas hati kerana dapat bermula dengan baik dan mendahului Zaqhwan sejak awal perlumbaan,” jelas Norizman sambil berterima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera yang baik.

Tambahnya, “Meskipun sering diasak oleh Zaqhwan, saya hanya bertenang dan tidak memberikannya ruang untuk memintas sebelum Zaqhwan terjatuh pada pusingan ke-8 dan kemudiannya memberi peluang kepada Zamri untuk merapatkan kedudukan.

“Selepas melihat Zamri di belakang, saya lebih berhati-hati dan mengelak daripada melakukan kesilapan kerana Zamri juga seorang pelumba yang bagus di litar basah. Cuma mungkin sebab jentera kami tidak berbeza dari segi kelajuan, saya berjaya mengekalkan kelebihan dan terus berada di hadapan sehingga ke garisan penamat. Pada masa sama, Zamri juga tidak mahu terlalu mengasak kerana jika berlaku kesilapan, ia hanya akan merugikan kami berdua,” jelas Norizman.

Malang buat pendahulu keseluruhan, Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) setelah gagal mengutip sebarang mata pada saingan kali ini. Meskipun begitu, Zaqhwan kekal di tangga teratas dengan 100 mata dan diekori rapat oleh Norizman yang mengumpul 98 mata. Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha-CKJ) yang menamatkan saingan di tempat keempat naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 76 mata.

Sementara itu, Mohd Izzat Zaidi Salehan meraih kemenangan kedua berturut-turut, juga kemenangan ketiga peribadi kategori CP115 pada musim ini setelah muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 12’03.041s.

Pelumba Motul Yamaha YY Pang itu menewaskan Mohd Amirul Ariff Musa (Givi Honda Yuzy Racing) di tempat kedua dengan masa 12’04.000s manakala rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal ketiga dengan masa 12’05.092s.

“Saya tidak bermula dengan baik dan sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan. Saya tidak berputus asa dan kekal fokus untuk memintas dan memenangi perlumbaan. Saya gembira dengan kejayaan ini dan menghadiahkannya kepada seluruh pasukan saya,” jelas Izzat.

Gelaran juara membantu Mohd Izzat untuk merapatkan jurang di kedudukan  kedua keseluruhan dengan 112 mata, hanya tujuh mata ketinggalan kepada Zaidy di tangga teratas dengan 119 mata. Tengku Amirul Haffirudin melengkapkan trio Motul Yamaha YY Pang dalam carta keseluruhan apabila berada di tangga ketiga dengan 88 mata.

Dalam saingan Wira, Khairul Idham Pawi meraih kemenangan selesa sekaligus terus mendominasi saingan untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut daripada enam perlumbaan yang telah berlangsung setakat ini.

Pelumba Kozi Yam Honda Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 9’49.056s, 9.716 saat dihadapan Saiful Izman Ahmad Zamani (FELDA PbaFb Tech Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 9’58.772s. Rakan sepasukan Saiful, Fairuz Nasir melengkapkan kedudukan podium dengan masa 10’01.932s.

“Terima kasih kepada pasukan yang menyediakan jentera terbaik kepada saya. Selepas ini saya berazam untuk bekerja lebih keras dan memenangi baki kesemua perlumbaan akan datang,” jelas Khairul.

Results

CP130

Final
1.Norizman Ismail (Honda) 14’56.458s 2.Mohd Zamri Baba (Honda) 14’57.576s 3.Mohd Adib Rosley (Yamaha) 15’00.359s 4.Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 15’04.563s 5.Sasitharen Sukumaran (Honda) 15’04.833s

Kedudukan Keseluruhan
1.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 100 mata 2.Norizman Ismail (Honda) 98 mata 3.Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 76 mata 4.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 73 mata 5.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 61 mata

Anugerah Berpasukan
1.PETRONAS Yamaha CKJ 149 mata 2.Givi Honda Yuzy Racing 141 mata 3.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing B 145 mata 4.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing A 100 mata 5.Motul Yamaha YY Pang 99 mata

 

CP115

Final
1.Mohd Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 12’03.041s 2.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 12’04.000s 3.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 12’05.092s 4.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 12’11.953s 5.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 12’19.022s

Kedudukan Keseluruhan
1.Zaidy Mohd Zaifaizal (Yamaha) 119 mata 2.Mohd Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 112 mata 3.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 88 mata 4.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 83 mata 5.Mohd Syafiq Rosli 63 mata

Anugerah Berpasukan
1.Motul Yamaha YY Pang A 200 mata 2.Motul Yamaha YY Pang B 143 mata 3.Givi Honda Yuzy Racing 122 mata 4.M Seki Liberty Honda 98 mata 5.PETRONAS Yamaha Maju Motor 59 mata

 

WIRA

Final
1.Khairul Idham Pawi (Honda) 9’49.056s 2.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 9’58.772s 3.Fairuz Nasir (Yamaha) 10’01.932s 4.Mohd Afiki Supaat (Yamaha) 10’02.687s 5.Mohd Qhuwarismi Nasir (Honda) 10’09.930s

Kedudukan Keseluruhan
1.Khairul Idham Pawi (Honda) 141 mata 2.Mohd Afiki Supaat (Yamaha) 83 mata 3.Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 71 mata 4.Mohd Harith Farhan Baharin (Honda) 59 mata 5.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 55 mata

- Advertisement -