Selangor U16 Girls Champions

Selangor Hockey U16 Girls team emerged as Champions at the National U16 Hockey Tournament held in Bukit Jalil form March 21-29.

Selangor’s  P. Revathi was on target from a penalty corner in the 32nd minute to give Selangor their seventh straight win finishing the tournament undefeated. 

Selangor coach Mohd Jadwi: “It was a great performance and credit to Kuala Lumpur who fought us all the way. We work hard having to travel to KL, Kuala Selangor and Seremban to train but the icing on the cake was winning the tournament undefeated. It’s kudos to the players for an excellent performance. I also want to thank Selangor Hockey President Dato Sri Subahan Kamal for Dato Sri’s hand’s on approach with both the boys’ and
girls’ teams. This has helped us tremendously.” 

Selangor also bagged 3 of the 5 Special Awards 

TOP GOAL SCORER – Elyya Amanina (No.8, Selangor) (13 goals)

PLAYER OF THE MATCH – Revathi A/P Perampalan (No.15, Selangor)

PLAYER OF THE TOURNAMENT  Siti Nur Aliah  (No.5, Selangor)

Selangor U16 Boys team did not make it past the group stage losing to Melaka in the final group match.

SELANGOR U16 JUARA NASIONAL

Pasukan Hoki Wanita Selangor berjaya membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara setelah menundukkan pasukan tetangga mereka Kuala Lumpur dalam perlawanan Akhir Kejohanan Hoki 1Mas Milo bawah 16 tahun kebangsaan 2015 di Stadium hoki Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan ini mengekalkan rekod bersih 7 kemenangan berturut turut dalam kejohanan tahun ini buat Selangor.

Seperti yang di jangka kan perlawanan rancak di pamerkan kedua dua pasukan sebaik wisel perlawanan dibunyikan. Penantian Selangor berakhir di minit 32 apabila Revathi Perampalan berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Gol itu merancakkan lagi permainan namun ketangkasan penjaga gol serta ketumpulan jentera serangan kedua dua pasukan membantutkan usaha kedua dua pasukan mendapatkan jaringan. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan keriangan jelas terpancar buat pasukan Selangor apabila siren penamat dibunyikan.

Kemenangan Selangor ini ditambah lagi keriangan buat mereka apabila 3 pemain mereka berjaya menggondol anugerah peribadi.

Senarai pemenang Kejohanan Hoki 1Mas Milo Bawah 16 tahun Kebangsaan 2015

(Wanita)

Juara – Selangor

Naib juara – Kuala Lumpur

Ke Tiga – Pulau Pinang

Ke 4 – Kedah

Penjaga Gol Terbaik – Ana Nadia Fadzil (Kuala Lumpur)

Penjaring Gol Terbanyak – Ellya Amanina (Selangor) (!#)

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir – Revathi A/P Perampalan (Selangor)

Pemain Terbaik Kejohanan – Siti Nur Aliah (Selangor)

- Advertisement -