Menggunakan gaya perlumbaan ‘Le Mans’, para pelumba, yang diletakkan dalam satu barisan, perlu berlari meluru daripada tepi litar ke jentera masing-masing dan memulakan perlumbaan.
Menggunakan gaya perlumbaan ‘Le Mans’, para pelumba, yang diletakkan dalam satu barisan, perlu berlari meluru daripada tepi litar ke jentera masing-masing dan memulakan perlumbaan.

Kejohanan Kebangsaan Kapcai Endurance logoKejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance diteruskan dengan edisi keempat pada tahun ini dengan anjuran pihak Kementerian Belia dan Sukan serta Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Musim baru akan bermula di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) pada hujung minggu ini iaitu pada 22 dan 23 Ogos sebelum meneruskan perjalanan ke Sepang, Selangor pada 4 dan 5 September. Pusingan 3 pula akan diadakan di Pekan, Pahang pada 3 dan 4 Oktober sebelum pusingan kedua terakhir di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok Kedah pada 30 dan 31 Oktober.

Pusingan peringkar akhir akan diadakan di Litar Utama Sepang International Circuit pada 20 hingga 22 November, yang juga akan menampilkan pusingan akhir Kejohanan Superbike Malaysia (MSC) – kejohanan perlumbaan kebangsaan perlumbaan.

Pusingan peringkat akhir Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance yang telah berlansung di Litar Antarabangsa Sepang pada edisi sebelum ini.
Pusingan peringkat akhir Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance yang telah berlansung di Litar Antarabangsa Sepang pada edisi sebelum ini.

Penganjuran program ini juga merupakan salah satu usaha bagi menangani gejala ‘lumba haram’ dan ‘mat rempit’ dengan menyediakan platform kepada peminat sukan permotoran khususnya golongan belia berlumba dalam persekitaran terkawal dan selamat.

Direka sebagai program pembangunan bagi mencungkil bakat-bakat baru, Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM kapcai Endurance 2015 ini akan dijalankan dengan empat kategori pertandingan – motosikal kapcai di bawah 100cc, bawah 120cC, 150cc dan perdana Kelas Terbuka untuk pesaing motosikal 150cc.

 

Kejohanan Kebangsaan KBS -MAM kapcai Endurance 2015 – Jadual Kejohanan

Pusingan 1 – 22 & 23 Ogos, Melaka
Round 2 – 4 & 5 September, Litar Go Kart SIC
Round 3 – 3 & 4 Oktober, Pekan Pahang
Pusingan 4 – 30 & 31 Oktober – UUM Kedah
Pusingan 5 – 20 & 22 November – Litar Utama SIC (peringkat akhir)

- Advertisement -