Football Association of Malaysia (FAM) Logo - 230x250Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini memutuskan untuk meneruskan ketetapan bahawa perlawanan Piala Malaysia 2015 akan ditunda secara serta merta ke tarikh lain jika didapati bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di venue terlibat melebihi 150 pada hari perlawanan berkenaan.

Selepas mengambil kira faktor keadaan jerebu yang tidak boleh diramal dan dijangka serta bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar adalah berdasarkan bacaan purata di sesuatu kawasan tertentu dan bukannya menjurus spesifik di venue perlawanan, dengan kuasa yang diperuntukkan, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM hari ini membuat keputusan memberi kuasa kepada komisioner perlawanan (match commissioner) untuk membatalkan dan menunda mana-mana perlawanan jika didapati keadaan semasa di venue berkenaan adalah memudaratkan.

Apa yang berlaku pada perlawanan antara Selangor dan Felda United di Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu, perlawanan itu tetap juga diteruskan kerana bacaan IPU di Shah Alam ialah 111 pada jam 6 petang, 119 (7 malam) dan 128 (8 malam), sekali gus masih belum melebihi 150 untuk membolehkan ia ditunda.

 

Dato’ Sri Afandi Hamzah

Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM

- Advertisement -