Pix2

The Allianz Junior Football Camp (AJFC) is back! And this year’s edition promises to be bigger and better with the addition of the East Coast region when the league kicks off on 2 April 2016.

The fifth edition of AJFC will feature a bumper 1,440 of aspiring young Malaysian footballers from 80 teams across four regions – North, Central, South and East Coast – competing in the  AJFC Malaysia League to vie for one of three spots to train with record 25-time German Champions FC Bayern Munich in Munich, Germany.  Unlike last year’s seven-a-side format, this year’s league will be an 11-a-side affair played for 60 minutes.   

“This is the fifth year we have AJFC on our calendar and I am proud to say that our aim has never wavered. When AJFC was first introduced in Malaysia in 2012, we aspired to give the best raw talent in this country a taste of what it’s like to play at one of Europe’s biggest club and possibly carve out a career in sports. We have delivered that dream every edition since and here we are doing it again in 2016,” said Zakri Khir, CEO of Allianz Malaysia Berhad during the launch at  Menara Allianz Sentral.

“This year we want to enhance the competition and add an extra dimension to the quality of the league by opening up the competition to bigger demographics, giving more opportunities to young talents in the country with the inclusion of the East Coast region and use of the competitive 11-a-side format. It is important for us that the AJFC stays relevant, that it provides a platform where young players between 14 to 16 years old can excel at football and experience what it is like training at the highest level. It is also important that the competition continues to challenge, mould and motivate them,” added Zakri.

The AJFC Malaysia League will take place between 2 April and 28 May 2016 at Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (Central region); Kompleks Sukan Hang Jebat, Malacca (South region) and Universiti Sains Malaysia, Penang (North region) and Padang Majlis Perbandaran Kuantan and Kolej Islam Pahang Kuantan (East Coast region).

The regional selection panel will then select the top 18 players from each region to form four regional teams that will compete in the National Finals. Following three days of centralised training, the four teams will go head to head to determine the winner at the Grand Final on 3 and 4 June 2016.

At the culmination of the Grand Finals 13 players will be selected to attend the AJFC Asia Camp in Bali, Indonesia from 28-31 July 2016. From the Asia Camp, the best three players will be selected to attend AJFC in Munich, Germany in August 2016.

“AJFC doesn’t just offer young Malaysians a chance to play the game they love; we want them to be inspired from their training with the FC Bayern Munich official youth coaches from rubbing shoulders with FC Bayern players, from being in the Bavarian city  and watching the home team play at the iconic Allianz Arena.  In 2012, two Malaysians made it to Munich. Last year we had five – courtesy of the two wildcards from the Asian Camp.  What it shows is that we do have talent in this country and Allianz is more than happy to help them along in realising their dreams,” continued Zakri.

To register for the AJFC, aspiring football players between the ages of 14 to 16 will need to form a team of 18 players, a coach, and a manager.  Registration and information on AJFC Malaysia League are available at www.allianzfootball.com.my and on Allianz Malaysia’s Facebook page: www.facebook.com/AllianzMalaysia

Registrations are open from 16 February until 16 March 2016. Entries are limited to first 80 teams.

Pix1

Liga Allianz Junior Football Camp Malaysia 2016 kini kembali!

Kem Junior Bola Sepak Allianz (AJFC) kini kembali! Edisi tahun ini dijanjikan lebih besar dan menarik dengan penambahan dari daerah Pantai Timur yang akan berlangsung dari 2 April 2016.

Edisi AJFC yang kelima ini akan mengemukakan 1,440 orang pemain bola sepak dari 80 pasukan dari empat daerah – Utara, Wilayah, Selatan dan Pantai Timur – bersaing dalam AJFC Liga Malaysia untuk merebut salah satu daripada tiga tempat untuk berlatih dengan FC Bayern Munich yang memegang rekod 25 kali Juara Jerman di Munich, Jerman. Tidak seperti format tujuh-sebelah tahun lepas, liga tahun ini akan bermain secara 11-sebelah selama 60 minit.

“Ini merupakan tahun kelima kami mengadakan AJFC dan saya amat berbangga matlamat kami tidak pernah terjejas. Sejak AJFC diperkenalkan buat kali pertama di Malaysia pada tahun 2012, kami bercita-cita untuk memberi peluang kepada bakat-bakat muda di negara ini untuk bermain dengan kelab Eropah terbesar dan mungkin mengukir kerjaya dalam bidang sukan. Dalam setiap edisi kami telah menyampaikan impian tersebut dan kami akan melakukannya sekali lagi pada tahun ini,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad di sesi pelancaran di Menara Allianz Sentral.

“Tahun ini kami ingin meningkatkan persaingan dan menambah satu dimensi baru kepada kualiti liga dengan membuka pertandingan ini untuk demografi yang lebih besar. Ini memberi lebih peluang kepada bakat-bakat muda di negara ini dengan penyertaan daripada daerah Pantai Timur dan penggunaan format 11-sebelah. Ia amat penting bagi kami untuk memastikan AJFC kekal relevan dan menyediakan platform untuk pemain-pemain muda yang berumur antara 14 hingga 16 tahun untuk mengasah bakat bola sepak mereka dan merasakan pengalaman berlatih di peringkat yang tertinggi. Ia amat penting bagi pertandingan ini terus mencabar, membentuk dan memberi motivasi kepada mereka,” tambah Zakri.

Liga AJFC Malaysia akan berlangsung dari 2 April hingga 28 Mei 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (daerah Wilayah); Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka (daerah Selatan) and Universiti Sains Malaysia, Penang (daerah Utara) dan Padang Majlis Perbandaran Kuantan dan Kolej Islam Pahang Kuantan (daerah Pantai Timur).

Panel pemilihan serantau kemudian akan memilih 18 orang pemain terbaik dari setiap kawasan untuk membentuk empat pasukan serantau yang akan bersaing dalam perlawanan akhir. Setelah berlatih selama tiga hari, empat pasukan tersebut akan ke Peringkat Akhir pada 3 dan 4 Jun 2016.

Pada kemuncak Peringkat Akhir 13 orang pemain akan dipilih untuk menghadiri Kem Asia AJFC di Bali, Indonesia dari 28-31 Julai 2016. Di Kem Asia, tiga pemain terbaik akan dipilih untuk menghadiri AJFC di Munich, Jerman pada Ogos 2016.

“AJFC bukan sahaja menawarkan anak-anak muda Malaysia peluang untuk bermain permainan yang mereka suka; malah kami ingin mereka mendapatkan inspirasi daripada latihan mereka dengan jurulatih belia rasmi FC Bayern Munich daripada bergaul dengan pemain FC Bayern, selain berada di bandar Bavaria dan menonton permainan pasukan tuan rumah di Allianz Arena yang ikonik. Pada tahun 2012, dua rakyat Malaysia berjaya ke Munich. Tahun lepas kami mempunyai lima – ihsan dua kad bebas dari Kem Asia. Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai bakat di negara ini dan Allianz amat berbesar hati dapat membantu mereka merealisasikan impian mereka,” sambung Zakri.

Untuk menyertai AJFC, pemain bola sepak diantara umur 14 ke 16 tahun dikehendaki membentuk sebuah pasukan seramai 18 orang pemain, seorang jurulatih dan seorang pengurus pasukan. Pendaftaran dan informasi mengenai Liga Malaysia AJFC boleh didapati di www.allianzfootball.com.my dan di laman Facebook Allianz Malaysia: www.facebook.com/AllianzMalaysia

Pendaftaran dibuka dari 16 Februari hingga 16 Mac 2016. Penyertaan adalah terhad kepada 80 pasukan pertama.

- Advertisement -