Upacara Pengumuman Kejohanan Ragbi 1 Malaysia Cobra 15 Sepasukan(B19) kali ke2 dan penyerahan trofi kejohanan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan 1Malaysia Ms Ung Su Ling kepada Presiden Kelab Ragbi Cobra Lt. Kol.(B) Tommy Pereira semasa sidang media yang telah diadakan di Kelab Cobra, Petaling Jaya. Kredit Foto - Sukandaily
Upacara Pengumuman Kejohanan Ragbi 1 Malaysia Cobra 15 Sepasukan(B19) kali ke2 dan penyerahan trofi kejohanan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan 1Malaysia Ms Ung Su Ling kepada Presiden Kelab Ragbi Cobra Lt. Kol.(B) Tommy Pereira semasa sidang media yang telah diadakan di Kelab Cobra, Petaling Jaya. Kredit Foto – Sukandaily

Kejohanan Ragbi 1Malaysia COBRA 15s U19 yang kini masuk musim ke-2 bakal berlansung di padang Politeknik Shah Alam pada hujung minggu ini. Sebanyak 10 pasukan telah mengesahkan untuk bertanding termasuk pasukan negeri dari Terengganu dan satu pasukan dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di samping beberapa kelab tempatan sekitar lembah Klang. Pasukan Terengganu yang telah menyertai pada edisi pertama lalu malah mara ke pusingan akhir turut menjadikan kejohanan ini sebagai pendedahan atlet mereka di dalam program pembangunan ragbi di negeri itu. Kejohanan ini merupakan salah satu program pembangunan ragbi yang dianjurkan bersama oleh pihak COBRA dan Yayasan Rakyat 1Malaysia(Y1RIM). Program ini juga yang boleh disimpulkan satu program yang terbaik memberi peluang kepada para remaja lepasan sekolah untuk mencari slot di pentas yang lebih tinggi setelah meninggalkan pasukan ragbi zaman persekolahan. Selain itu untuk memastikan kesinambungan sukan ragbi di negara dapat membentuk pasukan pelapis bagi menyertai sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Seperti mana pada edisi pertama lepas, kejohanan ini akan menjadi platform kepada kami untuk membentuk pasukan ragbi remaja yang akan mewakili negara dalam Kejohanan Ragbi Causeway U18 pada Ogos nanti dan juga Kejohanan Ragbi Asia U19 pada hujung tahun nanti”, ujar Presiden COBRA; Lt. Kol (B) Tommy Pereira dalam sidang media yang telah diadakan di rumah kelab COBRA, Petaling Jaya.

Upacara Pengumuman Kejohanan Ragbi 1 Malaysia Cobra 15 Sepasukan(B19) kali ke2 dan penyerahan trofi kejohanan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan 1Malaysia Ms Ung Su Ling kepada Presiden Kelab Ragbi Cobra Lt. Kol.(B) Tommy Pereira semasa sidang media yang telah diadakan di Kelab Cobra, Petaling Jaya. Kredit Foto - Sukandaily
Upacara Pengumuman Kejohanan Ragbi 1 Malaysia Cobra 15 Sepasukan(B19) kali ke2 dan penyerahan trofi kejohanan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan 1Malaysia Ms Ung Su Ling kepada Presiden Kelab Ragbi Cobra Lt. Kol.(B) Tommy Pereira semasa sidang media yang telah diadakan di Kelab Cobra, Petaling Jaya. Kredit Foto – Sukandaily

Pada majlis yang sama juga turut diperkenalkan barisan pasukan wanita yang bakal bertanding di dalam Kejohanan Southeast Asia 7s semperna Kejohanan Singapore 7s pada 16-17 April nanti. Pasukan wanita ini juga merupakan salah satu pasukan yang turut dibentuk oleh kelab ragbi COBRA dalam program pembangunan ragbi wanita terdahulu.

Selain itu juga, Lt. Kol (B) Tommy Pereira turut berterima kasih kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia(Y1RIM) kerana terus memberi kepercayaan dan sokongan agar program ini dapat diteruskan. Beliau juga turut menekankan program ini yang bukan hanya untuk perkembangan sukan ragbi semata-mata malah pembangunan sahsiah di peringkat usia belia itu sendiri.

Yayasan Rakyat 1Malaysia and COBRA logo
Ketua pegawai eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia(Y1RIM), Ung Su Ling juga turut mengulas “Ragbi adalah sukan berpasukan di mana bukannya sukan yang memperolehi kejayaan hasil dari usaha tunggal individu di dalam pasukan itu. Faktor disiplin di dalam sukan ini sudah pasti dapat membentuk sahsiah pembangunan di kalangan belia ini dan secara tidak lansung dapat membantu perkembangan mereka. Kami juga melihat proram ini dapat membentuk semangat bekerjasama dan bersatu di kalangan belia di mana ianya merupakan salah satu agenda yang dipupuk oleh yayasan ini.”

Ung Su Ling juga turut menyatakan kegembiraan setelah kejayaan program edisi pertama pada tahun lepas membuahkan hasil apabila pasukan negara U19 yang terbentuk kini bertanding di divisyen utama Kejohanan Ragbi Asia U19.

Kejohanan Ragbi 1Malaysia COBRA 15s U19 ini adalah sebahagian aktiviti di bawah Program Ragbi Remaja 1Malaysia COBRA yang telah dimulakan pada Julai 2014 dengan kerjasama di antara Yayasan Rakyat 1Malaysia(Y1RIM dan kelab ragbi COBRA. 6 pasukan telah bertanding pada edisi pertama lepas di mana pasukan 1Malaysia COBRA merangkul juara setelah menewaskan pasukan Terengganu U19 berkesudahan 6-3 dalam aksi mendebarkan.

- Advertisement -