tontowi.ahmad - liliyana.natsir
Tontowi Ahmad and Liliyana Natsir from Indonesia

Oleh Ku Mohd Lufti

Saingan untuk merebut kejuaraan Terbuka Malaysia bagi 2016 dalam acara bergu campuran kembali terbuka selepas juara dua kali dari China, Zhang Nan, Zhao Yunlei tersingkir.

Zhang Nan dan Zhao Yunlei yang juga juara 2012 dan 2015 tewas kepada pasangan Malaysia, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying dalam pertarungan tiga set.

Turun selaku pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan tampak memberi tekanan ke atas Zhang Nan dan Zhao Yunlei.

Tidak banyak ruang diberikan Peng Soon, Liu Ying untuk bergu campuran China meraih mata sepanjang perlawanan.

Jurang mata yang agak dekat, malah kedua dua bergu saling bertukar posisi untuk memberi tekanan ke atas pemain lawan.

Namun kelebihan ternyata memihak bergu Malaysia apabila dibantu dengan sorakan penyokong tempatan untuk memastikan pertarungan selama 1 jam 9 minit berakhir dengan kemenangan 24-26, 21-15, 21-15.

Chan Peng Soon, Goh Liu Ying akan turun berdepan pilihan kedua dari Indonesia Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir.

Gandingan Indonesia ini menundukkan pilihan keenam dari Denmark Joachim Fischer Nielsen, Christinna Pedersen straight set 21-18, 21-18.

- Advertisement -