Kento Momota of Japan returns the shuttlecock to Dieter Domke of Germany during the men's singles first round match at the BWF World Championships 2015 in Jakarta, Indonesia, Aug. 10, 2015. Kento Momota won 2-0. Photo Credit - Xinhua/Veri Sanovri
Kento Momota of Japan returns the shuttlecock to Dieter Domke of Germany during the men’s singles first round match at the BWF World Championships 2015 in Jakarta, Indonesia, Aug. 10, 2015. Kento Momota won 2-0. Photo Credit – Xinhua/Veri Sanovri

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain Jepun, Kento Momota naik dua anak tangga untuk menghuni tangga kedua dalam ranking terbaru pemain perseorangan lelaki yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia, BWF.

Momota mengumpul 81 481 mata, meraih dua kejuaraan iaitu di terbuka India dan Kejohanan Badminton Berpasukan di Hyderabad tahun ini.

Pemain Jepun itu hanya beraksi sehingga pusingan pertama Kejohanan Badminton Superseries Terbuka Malaysia sebelum menarik diri susulan siasatan kerana terlibat dalam perjuadian secara haram.

Beliau mengatasi pemain perseorangan nombor dua China, Lin Dan yang turun 1 anak tangga ke kedudukan ketiga dunia diikuti perseorangan lelaki Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.

Posisi pemain nombor satu dunia masih kekal milik Chen Long dari China yang mengumpul 92 351 mata.

Dalam perseorangan wanita, tiada perubahan dalam kelompok tiga pemain terbaik dunia yang kekal disandang Carolina Marin (Sepanyol), Li Xuerui (China) dan Nozomi Okuhara (Jepun).

Begitu juga dengan kategori bergu lelaki yang kekal milik Lee Yong Dae, Yoo Yeon Seong selaku bergu pertama dunia, diikuti Mohamad Ahsan, Hendra Setiawan dari Indonesia kedua manakala pasangan China, Fu Haifeng, Zhang Nan di ranking ketiga dunia.

Miyasakai Matsumoto, Ayaka Takahashi dari Jepun dan Zhang Nan, Zhao Yun Lei dari China pula mendominasi tangga pertama dalam kategori bergu wanita dan bergu campuran. 

- Advertisement -