frost.3

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mahu campur tangan terhadap senarai pemain badminton ke Piala Thomas yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia, BAM baru baru ini.

Jelas Khairy, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost tahu apa yang menjadi keutamaan sebelum nama nama pemain disenaraikan.

Pemain perseorangan, Zulfadli Zulkifli meluahkan kekecewaannya apabila disisihkan oleh BAM apabila pemain ranking ke 41 dunia itu tidak tersenarai di dalam skuad Piala Thomas 2016.

“Kita serahkan kepada Pengarah Teknikal (Morten Frost). Kita tidak mahu campur tangan dalam pilihan skuad Piala Thomas.”

“Sudah pasti Morten Frost ada penilaiannya tersendiri. Zulfadli telah buat kenyataan beliau tentang ranking dan sebagainya. Tetapi saya percaya Morten Frost ada penilaian tertentu,” kata Khairy.

Selain Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin, BAM turut mengumumkan dua lagi pemain perseorangan yang akan menggalas tugas di Piala Thomas nanti adalah Goh Soon Huat dan Chong Wei Feng.

- Advertisement -