sea_games_2017Oleh Ku Mohd Lufti

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat Sukan SEA 2017 nanti akan menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) buat Kementerian Belia dan Sukan.

Komitmen yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam mempersiapkan Malaysia untuk menjadi penganjur, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak impian tersebut mampu dicapai.

Malah, program yang diusahakan oleh KBS dan MSN dilihat berkesan dan ia dibuktikan ketika Sukan SEA 2015 di Singapura.

“Kejayaan muncul juara di Sukan SEA  2017 nanti bakal menjadi petunjuk prestasi utama, KPI, buat Kementerian Belia dan Sukan serta agensi berkaitan. Saya memuji usaha KBS dan Majlis Sukan Negara, MSN yang berani untuk menyenaraikan atlet muda ke Sukan SEA Singapura dan berjaya membawa pulang 62 pingat emas dan 186 pingat keseluruhan,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, cabaran turut dilontarkan kepada KBS dan Majlis Olimpik Malaysia MOM, untuk memastikan penganjuran Sukan SEA yang terbaik mampu dihasilkan sejajar dengan tema, Bangkit Bersama.

- Advertisement -