Sidang Media Perlawanan Akhir Piala FA 2016 - Johor Darul Takzim(JDT) vs PKNS FC
Sidang Media Perlawanan Akhir Piala FA 2016 – Johor Darul Takzim(JDT) vs PKNS FC.

Oleh Ku Mohd Lufti

Gergasi selatan tanah air, Johor Darul Takzim , JDT menerima suntikan awal apabila mendapat peruntukkan 50 ribu keeping tiket bagi penyokong HArimau Selatan untuk menyaksikan final Piala FA pada 14 Mei nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Liability Partnership, FMLLP, Kevin Ramalingam menjelaskan, kedua dua finalis diperuntukkan 30 ribu keping tiket.

Namun PKNS FC , menerusi Penolong Pengurusnya, Adi Harmizi Md Ariffin mengesahkan hanya meminta 10 ribu keping tiket sahaja.

“Selebihnya akan diserahkan kepada JDT yang meraih 50,000 keping tiket manakala baki 10,000 keping tiket lagi akan dijual secara dalam talian bermula 9 Mei ini di laman sesawang ticket hotline;www.tickethotline.com.my.” Kata Kevin Ramalingam.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA di Kelana Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Liability Partnership, FMLLP - Kevin Ramalingam
Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Liability Partnership, FMLLP – Kevin Ramalingam

Tambah Kevin lagi bagi Final Piala FA kali ini, hanya tiket untuk dewasa sahaja yang akan dicetak dengan harga 50 ringgit akan dijual.

Tiada tiket untuk kanak kanak untuk mengelakkan penyalahgunaan tiket tersebut seperti yang berlaku dalam beberapa aksi final sebelum ini.

Kesemua tiket termasuk jualan atas talian, akan mula dijual serentak pada 9 Mei ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Mohd Fahmy Yahya menjelaskan 50,000 tiket berkenaan hanya akan dijual di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin

“Kita berterima kasih kepada PKNS FC yang bermurah hati memberikan kita tambahan 20,000 tiket. Walaupun kita meraih lebih banyak tiket, ini tidak bermakna ia kelebihan kepada kita. Dalam bola sepak, apa-apa sahaja boleh berlaku,”katanya.

Manakala Md Adi Harmizi Ariffin memaklumkan keputusan untuk meminta 10 ribu keping tiket dibuat selepas mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pengurusan pasukan itu sendiri.

Beliau turut menjelaskan tiket berkenaan akan mula dijual kepada penyokong di Stadium Shah Alam.

“Walaupun kita hanya meminta 10,000 tiket sahaja, kita yakin ada penyokong kita yang melakukan pembelian tiket menerusi dalam talian,” katanya.

JDT mara ke final Piala FA setelah mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Kedah manakala PKNS FC menang dengan agregat 4-3 ke atas Perak dalam satu lagi aksi separuh akhir, 30 April lepas.

- Advertisement -