Adam, Sanjef perkuat cabaran skuad B-22

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2016/05/adam-sanjef-perkuat-cabaran-skuad-b-22">
Twitter
Pinterest

nations.cup.2016Oleh Muhammad Aiman

Bintang muda Selangor, Adam Nor Azlin dan pemain pertahanan tengah DRB Hicom, Sanjef Dinesh menjadi dua rekrut terbaru ke dalam skuad B-22 tahun kebangsaan, setelah disenaraikan Frank Bernhardt bagi menghadapi Kejohanan Nations Cup 2016 di Melaka dan juga kem latihan di Jepun bulan depan.

Dalam senarai terbaru yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia, Bernhardt memilih untuk mengekalkan hanya 22 daripada 29 pemain skuad negara yang membelasah Filipina B-22 4-1 seterusnya seri 1-1 menentang Nepal B-22 pada bulan Mac lalu.

Ini termasuklah ketua pasukan Faris Shah Rosli dan Shahrul Hakim Rahim dari Kelantan, trio Kedah Farhan Roslan, Syafiq Ahmad dan Arif Farhan Md Isa serta pemain JDT II Dominic Tan dan Syazwan Andik Mohd Ishak.

Kesemua pemain akan melapor diri di Wisma FAM pada Isnin, 23 Mei, sebelum skuad kendalian jurulatih dari Jerman itu bertolak ke Melaka pada Ahad, 29 Mei bagi menghadapi Kejohanan Nations Cup.

Malaysia akan membuka tirai kejohanan dengan menentang Singapura B-21 pada 3 Jun.

Setelah mengakhiri cabaran di Nations Cup, skuad Projek Sukan Sea 2017 itu akan bertolak ke Chiba, Jepun pada 9 Jun untuk menjalani kem latihan di luar negara sehingga 28 Jun, dan dijadual akan mengharungi beberapa perlawanan persahabatan.    

Senarai 24 pemain skuad B-22 tahun kebangsaan :

Shafiq Ahmad, Farhan Roslan, Arif Farhan Md Isa (Kedah), Safawi Rasid, Ariff Fadzillah Abu Bakar, Zuasyraf Zulkifle (T-Team), Dominic Tan, Syazwan Andik Md Ishak (JDT II), Faris Shah Rosli, Shahrul Hakim Rahim (Kelantan), Arif Mohamed Anwar, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Danish Haziq Saipul Hisham, N.Thanabalan (N.Sembilan), Firdaus Saiyadi, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak), B. Sanjef Dinesh (DRB Hicom), Muhammad Shah Amirul Md Zamri (Pahang), Haziq Nadzli (PDRM), Jafri Chew (P.Pinang), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak), Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Adib Zainuddin (Uitm FC), Adam Nor Azlin (Selangor)

Please follow and like us:
0