Adik beradik Arnold bawa Malaysia ke perlawanan akhir

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2016/05/adik-beradik-arnold-bawa-malaysia-ke-perlawanan-akhir">
Twitter
Pinterest

delia.arnold

Oleh Muhammad Aiman

Adik beradik Rachel dan Delia Arnold tampil dengan aksi cemerlang untuk membantu pasukan wanita negara membenam cabaran Jepun 2-0 seterusnya membawa Malaysia ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia yang sedang berlangsung di Universiti Nasional Taiwan.

Rachel, pemain ranking ke-65 dunia meletakkan Malaysia mendahului 1-0 setelah menundukkan Risa Sugimoto 11-6, 11-5, 7-11, 11-7 sebelum kakaknya yang juga ketua pasukan, Delia memastikan kemaraan pasukan negara menerusi kemenangan 11-9, 11-3, 11-9 ke atas Misaki Kobayashi.

Ini adalah kali pertama pasangan adik beradik yang berbeza usia 10 tahun ini beraksi bersama dalam kejohanan berpasukan dan Delia memuji ketenangan yang ditunjukkan adiknya untuk memenangi perlawanan walaupun berdepan kebangkitan dari pemain lawan.

“Terima kasih kepada Rachel yang memenangi perlawanan dia, dia tampil dengan karakter yang meyakinkan. Pada kedudukan Malaysia mendahului 1-0, saya turun ke gelanggang tanpa banyak tertekan. Harap kami akan sekali lagi beraksi baik pada final nanti dan memastikan Malaysia muncul juara,” ujar Delia.  

Pasukan wanita Malaysia yang juga juara lapan kali bertandang ke kejohanan kali ini selaku pasukan ‘underdog’ dek ketiadaaan ratu skuash, Dato’ Nicol David dan juga Low Wee Wern.

Namun peluang untuk merangkul kejuaraan buat kali kesembilan dilihat tetap cerah apabila lawan yang menanti mereka di final nanti adalah India yang ditewaskan 2-1 di peringkat kumpulan.

India yang mencari gelaran kedua mara ke final setelah mengejutkan pilihan utama, Hong Kong 2-1, hasil kemenangan yang dicatat pemain nombor 13 dunia Joshna Chinnapa dan pemain no 19 dunia, Deepika Pallikal. 

Perlawanan akhir akan berlangsung jam 8 malam waktu Malaysia.

Please follow and like us:
0