sportsexcel (3)

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin daripada syarikat swasta untuk menyokong visi SportExcel dalam pembangunan bakat muda di negara ini.

Malah Khairy berpendapat pelaburan mereka tidak akan sia sia kerana SportExcel telah melahirkan jaguh jaguh bertaraf dunia.

Ratu skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David dan juara boling dunia, Esther Cheah adalah antara tokoh sukan yang lahir daripada sirkit SportExcel.

“Kejayaan ini menekankan betapa pentingnya kita melabur dalam pembangunan bakat sebagai matlamat mencapai kecemerlangan dalam jangka masa panjang.

“Sering kali kita menuntut kejayaan segera dan ini mendorong kepada keuntungan jangka pendek tetapi ini meninggalkan kekosongan yang besar dalam sukan Malaysia dalam jangka masa panjang.” kata Khairy.

Beliau yang juga penaung SportExcel, berkata, akibat kekurangan atau tiada atlet mantap maka Malaysia tidak mampu bersaing dalam acara-acara tertentu di persada antarabangsa dan terpaksa bergantung kepada atlet berusia dengan jelas tiada barisan pelapis.

Katanya beliau gembira untuk melihat SportExcel berkerja rapat dengan Majlis Sukan Negara, persatuan sukan kebangsaan dan sektor swasta dan telah menunjukkan ada formula kejayaan yang boleh diguna pakai untuk memastikan Malaysia kekal di landasan kejayaan di pentas antarabangsa.

- Advertisement -