frank-bernhardt

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada waktu rehat buat skuad projek Sukan SEA 2017 yang terus melakukan persiapan dibawah kendalian Frank Bernhardt dan kali ini, Jepun menjadi destinasi mereka.

27 pemain dipilih untuk mengharungi tiga aksi persahabatan di Negara matahari terbit itu bermula 10 hingga 28 Jun.

Hampir kesemua pemain yang dibawa ketika mengharungi Piala Negara Negara di Melaka dibawa kecuali tiga pemain Muhd Shahrul Hakim Rahim, Adam Nor Azlin dan Muhd Firdaus Saiyadi.

“Adam masih mengalami kecederaan pangkal peha dan Muhd Shahrul Hakim akan menjalani pembedahan di buku lali,” kata Bernhardt.

Bernhardt memanggil tiga muka baru untuk di uji sekaligus member peluang untuk menilai kemampuan pemain; Mohd Arif Fadzillah Abu Bakar (T Team), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd LAzim (Pahang).

“Saya akan menggunakan kem latihan ini untuk memperbaiki aspek kelemahan taktikal dan teknikal. Ketika kami bertemu Thailand (Piala Negara Negara), kami bermain 90 minit tetapi persembahan pemain hanyalah 60 minit sahaja.

Skuad bawah 22 tahun negara dijadual bertemu kelab dari divisyen dua liga Jepun, Yokohama FC (13 Jun), Shonan Bellmare (20 Jun ) dan Machida Zelvia FC (22 Jun).

- Advertisement -