sea_games_2017

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Kahiry Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan keputusan tentang penggabungan penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 dijangka diketahui penghujung bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan ketika Persidangan Deaan Negara dan memaklumkan, kajian terhadap penggabungan itu masih lagi dalam perbincangan.

“Kalau dipersetujui, Persekutuan Sukan SEA dan Persekutuan Sukan Para ASEAN, kali pertama kita akan dapat laksanakan untuk  melihat atlet normal dan atlet Para keluar bersama sama perasmian pembukaan dan penutup nanti. Kedua dua temasya itu juga akan dikenali dengan Sukan ASEAN 2017.” Kata Khairy Jamaluddin yang menjawab soalan Senator Shahanim Mohamad Yusof f pada sesi soal jawab.

Andai diluluskan, Malaysia bakal mencipta sejarah menganjurkan kedua dua temasya sukan itu yang akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos.

Tambah Khairy, KBS juga akan melaksanakan beberapa langkah sebagai persiapan penganjuran temasya dengan menubuhkan 15 jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh kementerian dan agensi kerajaan berkaitan.

Malah, KBS turut mensasarkan untuk mendapatkan tajaan tunai sebanyak RM 30 juta dan RM 50 juta dalam bentuk barangan daripada syarikat swasta .

- Advertisement -