OCMOleh Ku Mohd Lufti

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menangguhkan sesi Pemilihan Lembaga Eksekutif MOM kepada 2018 berbanding jadual asal, pada tahun depan.

Presidennya Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar mengumumkannya selepas mencapai persetujuan ketika Perhimpunan Agung Tahunan MOM ke 35 semalam.

Perhimpunan yang dihadiri 32 daripada 35 persatuan sukan kebangsaan bersetuju untuk meminda sesi pemilihan bagi memberi masa yang secukupnya untuk persiapan Sukan SEA 2017 dan, Sukan Olimpik Musim Sejuk, Pyeongchang , Korea Selatan dan Sukan Asia 2018 di Australia.

Malah, MOM mahu mengkaji semula perlembagaan MOM termasuk meminda pemilihan dilanjutkan daripada dua tahun kepada empat tahun sekali.

Ia dilihat selaras dengan amalan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan lain.

Malah, Tunku Imran memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi presiden selepas tamat penggal 2015-2017.

Mengulas cadangan Malaysia menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN (APG) 2017 secara serentak dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan, Tunku Imran berkata ia akan diputuskan pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), 14 Julai ini.

- Advertisement -