badrul.hisyam

Oleh Ku Mohd Lufti

Susulan isu panas melibatkan keputusan kuartet olehraga remaja negara yang mahu ke Sukan Malaysia (SUKMA) akan dikaji oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi berkata, perbincangan telahpun diadakan melibatkan MSN, Majlis Sukan Negeri, barisan kejurulatihan dan atlet yang terlibat.

“Kita mahu lihat gambaran sebenar untuk pilihan terbaik kepada atlet kita. Ini adalah proses yang biasa. Kebiasaannya kita akan adakan perbincangan  dengan Jawatankuasa program diantara MSN, panel kejurulatihan dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), teta[I isu ini sudah berbangkit lebih awal, jadi kita adakan perbincangan dahulu sebelum jawatankuasa program dimaklumkan tidak lama lagi,” kata Shapawi.

Badrul Hisyam Abdul Manap, Khairul Hafiz Jantan, Mohd Rizzua Haizad dan R Kirthana cemerlang ketika di Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke 17 di Ho Chi Minh City , Vietnam.

Mereka bagaimanapun memutuskan untuk beraksi di SUKMA Sarawak berbanding menyertai Kejohanan Dunia di Poland.

Namun keputusan itu mencetuskan rasa tidak puashati pelbagai pihak yang menganggap ia keputusan yang tidak relevan, malah menganggap atlet Malaysia hanya mahukan status jaguh kampong.

Kata Datuk Ahmad Shapawi lagi, “keputusan masih di tangan mereka samada salah satu kejohanan atau kedua dua sekali, kita akan bincangkan aspek bila mereka ‘peak’ dan jika mereka memilih untuk menyertai kedua dua kejohanan, kita akan bincang dulu bersama Institut Sukan Negara (ISN).

- Advertisement -