mas.timor.leste

Oleh Muhammad Aiman

Malaysia membawa kelebihan tiga gol apabila turun berdepan Timor Leste dalam aksi tibal balik play-off kelayakan Piala Asia 2019 malam ini di Larkin, namun ia belum memadai buat ketua jurulatih Datoā€™ Ong Kim Swee untuk berasa selesa.

Kim Swee sedar Timor Leste yang teas 0-3 pada Khamis lalu ibarat harimau luka dan sudah tentunya akan tampil dengan permainan dan taktikal lebih baik untuk menterjemahkan kebangkitan di gelanggang ā€˜sendiriā€™ ā€“ juga di Larkin.

Justeru, pengendali berusia 46 tahun itu tidak mahu pemainnya terus terbuai dengan kemenangan tempoh hari sebaliknya kembali fokus untuk mengulangi prestasi sama untuk memuktamadkan kemenangan seterusnya mengesahkan kemaraan ke peringkat kumpulan pusingan ketiga kelayakan.

ā€œKita perlu bersedia dengan kebangkitan Timor Leste kerana mereka sudah tentunya tidak akan cuba untuk bermain bertahan. Mereka perlu mencari gol awal untuk kembali dalam permainan dan saya jangkakan mereka akan bermain serangan pantas dan lebih agresif secara fizikal.

ā€œAdalah penting untuk para pemain tidak bermain sambil lewa perlawanan ini walaupun kita ada bekalan tiga gol, atau kita akan dihukum. Saya akan melihat pada situasi sekiranya ada keperluan untuk membuat sebarang perubahan taktikal ataupun pertukaran pemain untuk memastikan kita turun dengan kekuatan penuh,ā€ ujar jurulatih kelahiran Melaka itu.

Pada perlawanan play-off pertama tempoh hari, Harimau Malaysia melakar kemenangan pertama dalam tempoh lapan bulan menerusi dua jaringan penyerang Selangor Ahmad Hazwan Bakri dan satu jaringan penyerang veteran JDT Amri Yahyah.

Kebimbangan utama selepas berakhir perlawanan tersebut adalah kecederaan dialami tonggak pertahanan Shahrom Kalam serta pemain tengah Brendan Gan namun kecederaan kedua-dua pemain itu dilihat tidak serius dan mereka dilihat sudahpun kembali berlatih bersama rakan sepasukan lain.

Setakat ini, 12 pasukan sudah layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2019 yang akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu UAE sendiri selaku tuan rumah, Qatar, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Arab Saudi, Australia, Uzbekistan, Syria, Iraq, Iran dan China.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Timor Leste Fabio Da Silva percaya ianya bukan misi mustahil untuk skuad bimbingannya menterbalikkan keputusan perlawanan pertama tatkala dia sedang bekerja keras untuk memperkemas kepincangan benteng pertahanan dan menyusun strategi supaya dapat mempertonton permainan lebih berkualiti.

ā€œPerlawanan pertama sudah menjadi satu sejarah, sekarang fokus kami adalah perlawanan seterusnya, yang mana misi pertama kami adalah mencari jaringan awal. Kami tahu Malaysia sebuah pasukan yang kuat, jadi adalah penting untuk pemain saya bermain dengan lebih bijak dan memanfaatkan setiap peluang jika berhasrat memerangkap mereka,ā€ katanya.

- Advertisement -