100PLUS.latestOleh Ku Mohd Lufti

Perlawanan ke 15 Liga Premier semakin menarik dan mula menampakkan bayangan awal pasukan mana yang akan bergelar juara.
Pendahulu liga, Melaka United terus selesa dipersada liga selepas melakar kemenangan dramatic 4-3 ke atas tuan rumah, Kuantan FA.
Enam gol terhasil di Stadium Darul Makmur selepas 46 minit permainan, tiga gol Kuantan FA dijaringkan Shazlee Ramlee (minit pertama dan 37), serta Dao Bakary (minit 30).
Manakala gol pelawat disumbang Ilija Spasojevic (minit 27), Alexandru Tudose (minit 35) dan Yashir Pinto (minit 46).
Ketika masa tambahan selepas tamat masa sebenar, Alex muncul wira Melaka United dengan gol kemenangan untuk memastikan kemenangan ke 11 terhasil selepas 15 perlawanan.
Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris mengumpul 36 mata, 5 mata didepan pencabar, Johor Darul Takzim 2.
Jaringan Mohamadou Sumareh mengecewakan JDT 2 untuk meraih tiga mata di Kangar untuk memberikan mata penuh kepada Perlis.
Singa Utara mengumpul 21 mata untuk menduduki tangga keenam, manakala JDT 2 ditangga kedua liga, mengumpul 31 mata.
Pasukan PKNS FC dan Negeri Sembilan pula seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam.

Namun, ia sudah memadai untuk PKNS FC kekal di kedudukan ketiga, dengan 30 mata manakala Negeri Sembilan di tangga kelima dengan 26 mata.

Di Stadium Proton Tanjung Malim, DRB Hicom FC mengutip tiga mata selepas menewaskan Kuala Lumpur 1-0, hasil jaringan pemain import, Kim Jin Ryong menerusi sepakan penalti pada minit ke-38.

Pemain import dari Korea Selatan itu menyempurnakan sepakan penalti setelah dikasari kapten pasukan lawan, Ahmad Azlan Zainal dalam kotak penalti. Kuala Lumpur, bagaimanapun kekal di tangga keempat, sementara DRB-HICOM ketujuh.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sebelum ini berada di tangga tercorot liga, naik satu anak tangga selepas mengalahkan UiTM FC 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, petang tadi.

ATM memperoleh jaringan menerusi Khasan Abdukarimov pada minit ke-40 dan 65, disusuli Muhd Faiz Ibrahim pada minit ke-83. Gol tunggal UiTM FC dijaringkan Nik Syafiq Syazwan pada minit ke-31.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang menyaksikan Sabah mengutip tiga mata untuk berada di kedudukan kesembilan selepas menewaskan Sime Darby FC 2-1, menerusi jaringan Maxsius Musa pada minit ke-75 dan Leopold Alfonso (minit ke-78).

Sime Darby memperoleh jaringan tunggal melalui Mateo Roskam pada minit ke-17 dan kekalahan itu menyaksikan pasukan berkenaan berada di kedudukan tercorot liga.

- Advertisement -