tmp.tmj

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada masalah buat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mencari penyelesaian isu yang melanda persatuan itu.

“Bila-bila masa pun boleh jumpa,” titah baginda secara ringkas, dan nada yang sama turut diluahkan baginda ketika ditanya tentang dakwaan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan rasuah dalam FAM.

“Itu kena tanya pada orang yang ada pendrive itu,” titah baginda lagi.

Khairy Jamaluddin baru baru ini menyatakan mahu menghadap Tengku Abdullah untuk mendapatkan penjelasan.

Malah Khairy mahu membincangkan isu persaraan empat pemain Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak, S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal daripada skuad kebangsaan.

Perbincangan dengan Tunku Ismail telah pun diadakan dengan Khairy, dan jalan penyelesaian kepada permasalahan itu selepas berjumpa Tengku Abdullah.

- Advertisement -