swak.poomsae

Oleh Ku Mohd Lufti

Kontinjen tuan rumah, Sarawak meraih pingat emas pertama SUKMA 2016 menerusi acara Taekwondo Poomsae berpasangan yang berlangsung di Stadium Perpaduan.

Gandingan Augustine Rudy Grocer dan Nurul Hidayah Abdul Karim tidak mengecewakan apabila berjaya mengumpul 7.37 mata untuk muncul juara.

Catatan itu gagal dicabar gandingan Selangor, Chew Pek Wen dan Brian Yam apabila sekadar meraih 7.16 mata sekaligus berpuashati dengan perak.

Manakala dua negeri, Johor (Chuah Jia Xuan dan Clara Tang) serta Negeri Sembilan (Lay Yi Chong dan Cheong Pui Kei) berkongsi kedudukan ditempat ketiga untuk meraih pingat gangsa dengan catatan 7.11 mata.

- Advertisement -