SMK Seri Kota terus himpit kedudukan SSM Pahang

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2016/07/smk-seri-kota-terus-himpit-kedudukan-ssm-pahang">
Twitter
Pinterest
GUNUNG RAPAT(black).TUN HUSSEIN-003

SMK GUNUNG RAPAT (hitam/putih) vs SMK TUN HUSSEIN ONN (putih/biru)

 

GUNUNG RAPAT(black).TUN HUSSEIN.004

SMK GUNUNG RAPAT (hitam/putih) vs SMK TUN HUSSEIN ONN (putih/biru)

GUNUNG RAPAT(black).TUN HUSSEIN-002

SMK GUNUNG RAPAT (hitam/putih) vs SMK TUN HUSSEIN ONN (putih/biru)

Aksi bolasepak Liga Menteri Pelajaran Malaysia 2016 kembali bersambung selepas berehat panjang lebih sebulan pada Sabtu menyaksikan SSM Pahang dan SMK Gunung Rapat terus bersaing sengit di kedudukan teratas Liga Perdana setelah menundukkan lawan masing-masing.

SSM Pahang yang melayan kunjungan SMK Seri Titiwangsa di gelanggang sendiri mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Airil Mifzal Mohd Puad seawal minit keenam sekaligus kekal sebagai pendahulu dengan mengutip 19 mata.

Mereka bagaimanapun hanya berkelebihan satu mata mengatasi wakil Perak, SMK Gunung Rapat yang turut memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk menjinakkan SMK Tun Hussein Onn 3-0.

Kegagalan Faqrulhafizi Asmadi menyempurnakan sepakan penalti buat SMK Tun Hussein Onn pada minit ke-17 mengubah skrip perlawanan apabila tuan rumah mengambil alih dominasi perlawanan dan menjaringkan gol pertama pada minit ke-29 menerusi Alif Zikri Zaini Anuar.

Afiq Firdaus Abdul Rahim kemudiannya menambah dua lagi jaringan di babak kedua pada minit ke-36 dan 49 sekaligus mengesahkan tiga mata buat SMK Gunung Rapat.

Jurulatih SMK Gunung Rapat, Azlan Samsuddin berkata, “Alhamdulillah pemain main seperti dirancang dan mengikut taktikal yang telah diatur. Agak risau juga sebelum perlawanan kerana ini perlawanan pertama lepas puasa, kecergasan belum pada tahap yang diingini tetapi kami berjaya catat kemenangan ianya satu bonus.

“Perlu diakui juga kejayaan penjaga gol kami selamatkan penalti itu salah satu faktor beri motivasi kepada pemain lain untuk beraksi lebih baik dan memburu jaringan demi jaringan.”

Bagi jurulatih SMK Tun Hussein, Khairol Zaman Mohd Ali, beliau berpendapat kecergasan adalah faktor utama yang menyebabkan barisan pemainnya gagal memberi tentangan dan melepaskan dua gol mudah di babak akhir perlawanan.

“Saya masih berbangga dengan pemain saya, mereka beraksi dengan baik cuma disebabkan satu dua kesilapan, ianya dimanfaatkan pasukan lawan, mungkin juga disebabkan faktor kecergasan sebab sepanjang puasa kita hanya latihan ringan.

“Dan jika Faqrul jaringkan penalti tersebut, mungkin juga keputusan perlawanan berbeza tetapi saya lebih suka untuk perkatakan bahawa mereka sudah cuba yang terbaik dan bukan rezeki kami pada perlawanan ini.”

Sementara itu, SMK Seri Kota melonjak ke tangga ketiga setelah menundukkan SMK Datuk Peter Monjuntin 1-0 menerusi jaringan Akmal Arif Mohd Aris pada minit ke-40.

Manakala dalam satu lagi perlawanan, SMK Tunku Anum T.A.R melonjak dari tangga tercorot ke tangga keenam setelah menundukkan MSS Putrajaya 2-0, hasil jaringan Megat Mohd Akif Kamih dan Zulhareez Zulkepli.

Bagi saingan Liga Super Piala Menteri Pendidikan, SMK Bukit Jalil terus unggul sebagai pendahulu selepas menundukkan SMK Syed Hassan dari Perlis 2-0 di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara.

Gol buat skuad Wan Rohaimi Wan Ismail dijaringkan oleh Izul Adham pada minit ke-40 dan Fahmi Daniel pada minit ke-56.

SSM Tunku Mahkota Ismail kekal di tangga kedua dengan 18 mata meskipun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang SMK Seksyen 11, manakala SMK Bukit Nenas kekal di tangga ketiga setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas SMK Tabuan Jaya.

Di Temerloh, SMK Seberang Temerloh beraksi garang mencatat kemenangan 4-0 ke atas SMK Putera dari Kelantan, dengan Amirul Safri menjaringkan dua gol manakala Saiful Jamaludin dan Faizal Romelan menjaringkan satu gol masing-masing. 

 

KEPUTUSAN

LIGA SUPER PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

SSM BUKIT JALIL (B14)                                           2

SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS)                   0

 

SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14)               1      

SMK SEKSYEN 11 (SSN SELANGOR)                1

 

SMK PUTERA (SSN KELANTAN)                       0

SMK SEBERANG TEMERLOH (SSNPAHANG)      4      

 

SMK TABUAN JAYA (SSN SARAWAK)                0

SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU)          1

 

 KEDUDUKAN PASUKAN LIGA SUPER

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SSM BUKIT JALIL  (B14) 10 6 3 1 15 3 12 21
SSM TUNKU MAHKOTA ISMAIL (B14) 10 5 3 2 16 6 10 18
SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU) 9 4 5 0 12 7 5 17
SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG) 9 5 1 3 13 6 7 16
SMK ZA’BA (SSN N.SEMBILAN) 9 3 3 3 10 9 1 12
SMK SEKSYEN 11 (SSN SELANGOR) 10 2 4 4 6 14 -8 10
SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS) 9 1 5 3 5 12 -7 8
SMK TABUAN JAYA (SSN SARAWAK) 9 1 3 5 4 10 -6 6
SMK PUTERA (SSN KELANTAN) 11 0 5 6 6 20 -14 5

 

LIGA PERDANA PIALA MENTERI PENDIDIKAN (B14)

 

MSS PUTRAJAYA (B14)                                   0

SMK TUNKU ANUM T.A.R (SSN KEDAH)            2

 

SSM PAHANG (B13)                                       1

SMK SERI TITIWANGSA (SSN KL)                   0

 

SMK GUNUNG RAPAT (SSN PERAK)                          3

SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR)            0

 

SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SSN SABAH)  0      

SMK SERI KOTA (SSN MELAKA)                      1

 

KEDUDUKAN PASUKAN LIGA PERDANA 

PASUKAN P M S K J B BG Mt
SSM PAHANG (B13) 11 6 1 4 16 15 1 19
SMK GUNUNG RAPAT (SSN PERAK) 9 5 3 1 16 6 10 18
SMK SERI KOTA (SSN MELAKA) 9 3 6 0 5 2 3 15
SMK TUN HUSSEIN ONN (SSN JOHOR) 10 4 2 4 14 15 -1 14
SMK MUTIARA IMPIAN (SSN P.PINANG) 9 3 3 3 13 12 1 12
SMK TUNKU ANUM T.A.R (SSN KEDAH) 10 3 2 5 13 13 0 11
SMK DATUK PETER MONJUNTIN (SSN SABAH) 9 3 1 5 7 12 -5 10
MSS PUTRAJAYA (B14) 9 2 3 4 9 12 -3 9
SMK SERI TITIWANGSA (SSN WP KUALA LUMPUR) 10 2 3 5 8 14 -6 9
Please follow and like us:
0