Khairul_Hafiz_Jantan
Khairul Hafiz

Oleh Ku Mohd Lufti

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke 18 melabuhkan tirainya secara rasmi malam tadi di Stadium Sarawak.

Hampir 6000 atlet dan pegawai dari semua kontinjen yang bertanding terlibat dalam majlis penutup sambil diiringi dentuman dan kilauan cahaya bunga api menyinari ruang angkasa stadium.

Majlis penutup disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut sama hadir ,Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Seperti yang dijangka Olahragawan bagi SUKMA edisi 2016 menjadi milik ‘The Flying Youth’ Khairul Hafiz Jantan dari Negeri Melaka.

Beliau memadamkan rekod kebangsaan 18 tahun milik Watson Nyambek dalam acara 100m selain mencipta rekod Sukma dalam acara 200m, 4x100m dan 4x400m.

Manakala Olahragawati milik atlet memanah Nur Aqilah Yusof dari Terengganu yang meraih tiga pingat emas dan dua gangsa pada temasya kali ini.

Beliau memperbaharui rekod kebangsaan 328 mata milik Mon Redee Sut Txi dalam acara 70m recurve wanita yang dilakukan pada Sukan SEA Vietnam, 2003 dengan catatan baharu 331 mata, malah turut mencipta satu lagi rekod Sukma dalam acara recurve 60m wanita.

Selangor pula sah juara keseluruhan temasya edisi ke 18, dengan pungtan pingat keseluruhan, 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Ini adalah kejuaraan kali ke Sembilan kontinjen Selangor di SUKMA selepas melakukannya pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2013.

Bendera Sukma diturunkan dan diserah kepada wakil dari Perak selaku tuan rumah SUKMA 2018.

- Advertisement -