academy-sports-affairs-1

ulu-pudu

KURANG daripada setahun, dalam memastikan persiapan venue venue bagi Sukan SEA ke 29 dan Para ASEAN ke 9 mengikut perancangan yang ditetapkan, kesemua pihak perlu memberi kerjasama dalam memberi input tentang penambahbaikan yang perlu.

Itu antara saranan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali yang meninjau venu venue bagi Kuala Lumpur 2017.

“Kita sebenarnya tidak ada banyak masa walaupun kalau dilihat Ogos tahun depan itu masih jauh, tetapi bagi saya, masa amat mencemburui kita kerana banyak kerja yang perlu dilaksanakan.

“Bukan sahaja perkara besar tetapi beberapa perkara kecil juga perlu diambil kira di venue venue tersebut untuk supaya memastikan pengalaman yang terbaik kepada semua yang hadir dan menyertai Sea Games dan Para ASEAN,” kata Datuk Lokman Hakim.

Malah, tambah Datuk Lokman lagi, wakil wakil persatuan juga dijemput sepanjang sesi lawatan untuk mendapatkan input input tentang kelengkapan bukan sahaja teknikal pertandingan, malah cadangan atau idea untuk mencantikkan lagi lokasi pertandingan.

Proses lawatan ini akan berterusan dan segala input yang diterima akan dibawa ketika mesyuarat mingguan untuk diusulkan kepada Menteri Belia dan Sukan, YB En. Khairy Jamaluddin Abu Bakar kelak.

Lawatan Datuk Lokman hari ini bermula di Academy Sports Affairs, Cheras sebelum ke Stadium Badminton Cheras yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2017 (MASOC) Datuk Seri Zolkples Embong.

Datuk Lokman dan Datuk Seri Zolkples kemudiannya mengadakan lawatan ke Stadium Merdeka sebelum mengakhir lawatan ke Sunway Megalanes di Bandar Sunway.

Setakat ini, Datuk Lokman Hakim telahpun mengadakan lawatan ke 15 venue pertandingan disekitar lembah kelang yang akan digunakan untuk Sukan SEA dan Para ASEAN 2017.

std-merdeka-2

std-merdeka-3

- Advertisement -