Bernhardt panggil enam muka baru ke Kem Latihan Projek Sukan SEA 2017

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2016/10/bernhardt-panggil-enam-muka-baru-ke-kem-latihan-projek-sukan-sea-2017">
Twitter
Pinterest

sea_games_2017Oleh Ku Mohd Lufti

Dua pemain masing masing daripada Pulau Pinang dan Sarawak antara enam pemain baru yang dipanggil ketua jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017.

Dua pemain Sarawak adalah Nur Shamie Iszuan Amin dan Tommy Mawat Anak Bada manakala dua pemain Pulau Pinang adalah S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba.

Dua lagi pemain yang dipanggil oleh Bernhardt adalah Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim dari Kedah serta Adam Nor Azlin dari Selangor.

Latihan Pusat bagi Kem kendalian Frank Bernhardt dijadual bermula pada 5 November depan.

Menerusi kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Frank Bernhardt mengekalkan 19 daripada 23 pemain yang disenarai di latihan pusat dan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Brunei Darussalam pada 6 dan 8 Oktober lalu.

 

Senarai 25 Pemain:

Muhammad Haziq Nadzli (PDRM), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), R.Dinesh (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Dominic Tan Jun Jin (JDT), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II), Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (Kelantan), Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC).

Muhamad Zulkhairi Zulkeply (UiTM FC), Muhammad Syazwan Zaipol Bahari (Perak), Muhammad Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Tommy Mawat Anak Bada (Sarawak), Muhammad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak).

Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak), Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew (Pulau Pinang), Mohamed Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), S.Kumaahran (Pulau Pinang), Adam Nor Azlin (Selangor), N.Thanabalan (Negeri Sembilan), Muhamad Arif Mohamed Anwar (Kuala Lumpur), Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah).

Please follow and like us:
0