ISN meterai perjanjian dengan BIOTROPICS sehingga 2018

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2016/11/isn-meterai-perjanjian-dengan-biotropics-sehingga-2018/">
Twitter
Pinterest

isn

Oleh Ku Mohd Lufti

Institut Sukan Negara (ISN) menjalinkan kerjasama (MoU) dengan Biotropics Malaysia Berhad hari ini di  Bukit Jalil.

Perjanjian ditandatangani diantara Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dr. Mohd Khairi Zawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics Malaysia Berhad,  YM Tengku Shahrir Tengku Adnan.

Antara yang turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara, Datuk Sri Mohamad Norza  Zakaria, Prof. Dr. S Shamala, Ainul Azlan bin Ainul Adnan, Pengurus Sains dan Pembangunan Produk Biotropics, Sasikala M.Chinnappan,

MoU yang dijalinkan di antara ISN dan Biotropics ini merupakan kerjasama yang julung kalinya diadakan khusus di dalam bidang penyelidikan berkaitan produk kesihatan dan prestasi sukan.

“Kerjasama ini adalah mengaplikasikan inovasi terkini bagi menghasilkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan menjalankan kajian klinikal ke atas atlet yang dipilih oleh pihak ISN dalam mengkaji keberkesanan produk bantuan ergogen yang akan dibekalkan oleh pihak Biotropics.” Kata Dr Khairi.

Jelas beliau lagi, penyelidikan untuk meningkatkan kualiti, piawaian, keberkesanan dan keselamatan produk tempatan perlu diberi keutamaan sebelum dirumuskan satu formula terbaik berteraskan penggunaan produk kesihatan daripada khazanah flora dan fauna untuk meningkatkan prestasi sukan di tahap tertinggi.

Kerjasama selama dua tahun sehingga 2018 bakal menguatkan lagi hubungan profesional kedua-dua belah pihak, malah kerjasama yang bakal dijalankan adalah merupakan suatu kerjasama yang penting bagi pertukaran maklumat, pengalaman, pengetahuan dan yang melibatkan kajian penyelidikan terkini.

Please follow and like us:
0