ltdll

Oleh Ku Mohd Lufti

Perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi mungkin berdepan tugas sukar apabila berdepan kesukaran untuk penganjuran tahun depan apabila geran  peruntukkan yang disalur oleh Kementerian Belia dan Sukan KBS bakal dikurangkan.

Ketua pegawai operasi LTDL Emir Abdul Jalal menjelaskan, perlumbaan akan diadakan sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan jelajah yang memasuki edisi ke.. tidak akan dilangsungkan.

“Jumlah itu kita tidak boleh umumkan setakat ini dan ia perlu disahkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kita akan bersedia untuk apa juga bentuk pengurangan,” kata Emir Abdul Jalal.

KBS memberi peruntukkan berjumlah RM 11 juta untuk menampung kos penganjuran bagi Le Tour de Langkawi 2016 yang menelan belanja RM 15.5 juta.

Susulan kekangan peruntukkan, Eemir turut mengesahkan Langkawi juga terpaksa di ketepikan daripada senarai laluan untuk LTDL 2017.

“Kemungkinan besar kita terpaksa mengekalkan status untuk tidak masuk ke Langkawi kerana terpaksa mengurangkan kos kerana perbelanjaan untuk keluar dan masuk ke pulau tersebut sekitar RM 1.5 juta,” katanya lagi.

Tambah Emir, kualiti penganjuran lebih penting kerana bagi penganjur LTDL, Ciclista Sport Sdn Bhd untuk memanfaatkan peruntukkan yang akan diperolehi bagi memastikan tidak berlaku kerugian selepas menganjurkan LTDL.

- Advertisement -