khairul-2

Oleh Ku Mohd Lufti

Khairul Idham Pawi dijangka akan beraksi dalam saingan Moto 2 bagi musim 2017 selepas namanya tersenarai bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia.

Menerusi senarai yang dikeluarkan oleh laman sesawang www.motogo.com, Khairul atau Super KIP dijangka bergandingan bahu dengan rakan sepasukan yang baru, Takaaki Nakagami dari Jepun.

Pelumba kelahiran Kampung Gajah, Perak itu turut bakal bersaing dengan seorang lagi pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi untuk pasukan Petronas Raceline Malaysia.

Dalam saingan Moto 3 bagi musim 2016, Khairul Idham Pawi menghuni tangga ke 17 dengan baki satu lagi perlumbaan untuk ditamatkan bagi tahun ini.

Tahun 2016 merupakan penampilan terbaik buat Khairul apabila menaiki podium selaku juara sebanyak dua kali, di GP Argentina dan Jerman.

Malah, ketika di GP Malaysia, Super KIP menamatkan perlumbaan ditempat ke lapan meskipun bermula dipetak ke 20.

- Advertisement -