DRB-Hicom bawa pemenang emas Paralimpik 2016 tunaikan Umrah

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2016/12/drb-hicom-bawa-pemenang-pingat-emas-sukan-paralimpik-2016-tunaikan-umrah">
Twitter
Pinterest

Oleh Ku Mohd Lufti

Empat pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil Ogos lalu, berlepas ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah di bawah tajaan sepenuhnya DRB-Hicom Bhd.

Selain atlet paralimpik negara, turut sama ditaja 15 jemaah yang merupakan ahli keluarga atlet kakitangan Majlis Sukan Negara, wakil DRB-Hicom dan media.

Ketua Bahagian Kumpulan Komunikasi DRB-Hicom, Mahmood Abdul Razak menjelaskan, tajaan ini merupakan perhargaan oleh syarikat itu kepada atlet paralimpik yang telah mengangkat nama negara di persada sukan antarabangsa.

“Ini merupakan sumbangan pertama diberi DRB-Hicom kepada atlet paralimpik dan diharapkan akan menjadi pemangkin semangat kepada mereka dan atlet yang lain untuk terus berusaha mencapai kemenangan untuk Malaysia di masa akan datang,” kata Mahmood Abdul Razak.

Mohamad Puzi Mat Isa, bapa pemenang pingat emas dan pemegang rekod acara 100m T36 lelaki, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, berkata keberangkatan beliau bersama Mohamad Ridzuan, isteri dan anak perempuannya ke Tanah Suci dianggap sebagai rezeki yang tidak dijangka.

“Ini merupakan kali pertama kami menunaikan umrah…saya menganggap ini adalah tempias tuah yang diperoleh anak saya kepada kami sekeluarga,” kata Mohamad Puzi Mat Isa.

Selain Mohd Ridzuan, pemenang pingat emas yang lain adalah Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pemenang pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail.

Penajaan untuk menunaikan umrah selama 12 hari itu diselenggara oleh Tradewinds Travel Services.

Please follow and like us:
0