Oleh Ku Mohd Lufti

Ketua Jurulatih Melaka United, Eric Williams mengakui pasukannya memerlukan lebih masa untuk melakukan persiapan khususnya persefahaman di kalangan pemain sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia bermula Januari depan.

Tiga aksi persahabatan yang diharungi setakat ini, Melaka United hanya melakar satu kemenangan dan ia tampak meresahkan Eric Williams.

Beliau berkata setakat ini beliau masih lagi mengenalpasti pemain-pemain yang benar-benar layak untuk membarisi kesebelasan utama pasukan untuk musim depan

“Persefahaman masih belum dibentuk dengan baik. Saya mencuba ramai pemain di bahagian pertahanan sebagai contoh, tetapi tidak dapat tentukan siapa yang layak bermain di posisi itu.

“Kita akan ke Kemboja untuk mengharungi empat lagi aksi persahabatan, dan di sana nanti saya akan tentukan siapa yang akan berada dalam senarai kesebelasan utama.” kata Williams.

Tambahnya lagi, tahap kecergasan dua tonggak Melaka United, Sergio Ezequiel Aguero dan Amri Yahyah masih lagi belum di tahap terbaik dan hanya diturunkan 45 minit sahaja.

Eric optimis Melaka United akan bersedia menjelang aksi pertama Liga Super musim 2017 menentang Kelantan.

- Advertisement -