mpm-2

Oleh Ku Mohd Lufti

PRESIDEN Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) En SM NASARUDDIN SM Nasimuddin mengesahkan jumlah acara bagi Sukan Para ASEAN 2017 akan diumumkan selepas bulan Mac tahun depan.

Ketika sidang media selepas Bengkel Penyediaan Buku Teknikal Sukan Para ASEAN 2017 di ibu negara pada Rabu (14 Disember 2016), En SM Nasaruddin menjelaskan MPM perlu mendapatkan jumlah penyertaan daripada negara negara bertanding.

Wakil wakil persatuan bagi acara acara sukan yang terlibat bekumpul selama dua hari untuk menyediakan buku teknikal dan akan diberikan kepada kepada negara negara peserta Sukan Para ASEAN ke 9 pada penghujung bulan ini.

“Jumlah acara yang akan dipertandingkan masih belum dimuktamadkan kerana kita belum mendapat jumlah penyertaan dan ia dijangka diperolehi sekitar bulan Mac tahun depan.

Borang penyertaan akan dihantar bermula 1 hingga 31 Januari dan proses akhir untuk memuktamadkan senarai acara dan penyertaan akan mula dikumpulkan bermula Mei hingga Julai.

Dalam pada itu, venue bagi Sukan Para ASEAN ke 9 sah akan diadakan dan berlangsung di sekitar Lembah Kelang.

“Venue yang terlibat adalah Pusat Pameran Antarabangsa Malaysia, (MITEC) di Bukit Kiara, Stadium Bukit Jalil, Velodrom Nilai, dan Sunway Pyramid, ada lima venue yang akan digunakan nanti.”  

En SM Nasaruddin juga turut mengesahkan 16 sukan akan dipertandingkan di Sukan Para ASEAN 2017 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 23 September.

- Advertisement -