Aquatic Centre- The new roof membranes being installed at the National Aquatic Centre

Oleh Ku Mohd Lufti

Penyelia KL Sports City, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) mengumumkan bahawa keseluruhan kerja pembinaan di Fasa Satu, yang merangkumi pengubahsuaian infrastruktur sukan di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil berjalan mengikut jadual dan pada masa ini kerja telah pun siap pada tahap 60%.

Ia dijelaskan menerusi taklimat media yang dihadiri Pengurus Besar MRCB, S Nalgunalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman susulan isu tentang persiapan venue venue bagi Sukan SEA ke 29 dan Para ASEAN ke 9 yang tidak diberi penjelasan secara mendalam.

“Pada peringkat ini, sebahagian besar daripada aliran kerja di tapak KL Sports City tertumpu pada pembinaan, yang sedang kami laksanakan secara konsisten untuk memastikan penyiapan dan penyerahan projek yang tepat pada masanya untuk Sukan SEA 2017.

MRCB akan membina kompleks sukan nasional bertaraf dunia yang akan menyediakan kepada atlet dan juga penonton pengalaman dan kemudahan sukan yang terbaik dan berprestij.” Kata S Nalgunalingam.

Azman juga optimis MRCB mampu untuk menyiapkan KL Sports City mengikut jadual yang ditetapkan dan keadaan cuaca ketika ini tampak tidak mengganggu rutin kerja kerja menaik taraf.

“Pada tahap yang ada sekarang, MRCB terus memenuhi pelaksanaan pencapaian penting projek. Kami yakin projek akan disiapkan dan diserahkan dengan jayanya kepada pihak berkuasa pada pertengahan Julai 2017.

Kemudahan yang diberikan nafas baharu ini pastinya akan membolehkan atlet Malaysia berlatih dan mendapatkan kelebihan sebagai tuan rumah menjelang berlangsungnya Sukan SEA 2017,”Kata Azman Fahmi Osman.

Kerja pembinaan menumpukan empat aspek utama KL Sports City, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Tertutup Putra, Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional dan juga kerjakerja pembangunan plaza dan infrastruktur berskala besar yang akan menjadi pelengkap kepada gelanggang utama selain mempertingkatkan dengan ketara kesalinghubungan dan pergerakan orang ramai di antara stadium dengan rangkaian pengangkutan awam sekitar.

Pada Oktober 2015, MRCB menerusi syarikat subsidiarinya, Rukun Juang Sdn Bhd, telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek KL Sports City.

Kompleks sukan baharu ini dibina di sekitar pertumbuhan semula Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil dan akan mewujudkan hab sukan dinamik yang boleh diakses oleh bukan sahaja atlet tetapi juga masyarakat setempat, pengguna rekreasi dan orang ramai.

Putra Stadium- The external facade being erected at Putra Indoor Stadium
Plaza- Ongoing plaza and infrastructure works around the National Stadium
- Advertisement -