sea_games_2017Oleh Ku Mohd Lufti

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) optimis untuk meraih 11 hingg 13 pingat emas dalam sukan berbasikal di temasya Sukan SEA 2017.

Presidennya, Datuk Abu Samah Wahab berkata beliau yakin sebahagian besar pingat emas itu akan datang daripada acara trek.

Menerusi kenyataan media, kehadiran pemenang pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, Mohd Azizulhasni Awang pastinya menaikkan semangat ke Malaysia selaku  akan menyemarakkan skuad negara dalam buruan mendapatkan pingat emas pada temasya dwitahunan itu,

“Saya percaya penampilan Azizulhasni akan mencetuskan semangat tambahan kepada skuad negara termasuk Fatehah Mustafa dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

“Sekiranya Azizulhasni mendominasi acara keirin dan pecut individu, saya percaya kem Malaysia mampu bolot antara 11 dan 13 pingat emas,” kata Datuk Abu Samah.

Sukan berbasikal kategori trek dijadual pada 28 Ogos bermula dengan acara scratch 15km, omnium lelaki disusuli pusingan kelayakan pecut berpasukan lelaki dan wanita.

Aksi yang dijangka menjadi tumpuan ramai adalah acara final keirin lelaki dan wanita pada 29 Ogos di mana skuad negara mempertaruhkan dua pelumba bertaraf dunia, Azizulhasni dan Fatehah.

Datuk Abu Samah bagaimanapun mengingatkan pelumba trek negara agar tidak terlalu yakin sehingga gagal melakukan kayuhan emas di Velodrom Nilai nanti.

Selain scratch dan omnium, acara lain dalam trek di Sukan SEA tahun hadapan ialah keirin, pecut individu dan berpasukan, 1km ujian masa individu, ujian masa kejar mengejar individu dan berpasukan, dan 500m ujian masa.

- Advertisement -