Frank Bernhardt(left) born 26 August 1969 is a German professional football manager and former player. On 9 December 2015, he was appointed by the Football Association of Malaysia to be the head coach of the Malaysia national under-23 football team.

Oleh Ku Mohd Lufti

Tidak banyak perubahan ketika jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt ketika memanggil pemain pemain untuk latihan pusat bagi persiapan mengharungi Sukan SEA ke 29 Ogos nanti.

Isu kecergasan menjadi masalah utama Bernhardt yang perlu melakukan persiapan untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang skuad bawah 22 tahun Vietnam pada 7 Februari nanti.

Keadaan ini terus memberi tekanan kepada pengendali kelahiran Jerman itu kerana tidak dapat memberi tumpuan terhadap aspek lain susulan masalah kecergasan pemain yang tidak memuaskan.

“Keputusan kecergasan sangat tidak baik dan saya boleh katakan kami berdepan tugas yang banyak.

“Saya berharap pemain akan lebih bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kecergasan dengan sesi latihan di peringkat kelab,” kata Bernhardt.

Beliau hanya akan memanggil 18 pemain sahaja untuk dibawa ke Ho Chi Minh dan senarai akhir tersebut akan diumumkan selepas tamat latihan pusat pada Selasa (31 Januari).

Aksi terakhir persahabatan antarabangsa skuad bawah 22 tahun adalah pada 8 Disember tahun lalu menentang Filipina dimana keputusan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Perlawanan menentang skuad bawah 22 tahun Vietnam merupakan aksi persahabatan antarabangsa Bernhardt bagi tahun 2017.

Beliau memberi bayangan bakal berdepan tugas sukar untuk melakar kemenangan kerana pihak lawan telahpun melakukan persiapan selama dua minggu.

- Advertisement -