Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani

Oleh Ku Mohd Lufti
Pilihan kedua Kejohanan Badminton Victor Far East Masters Malaysia 2017 dalam acara bergu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menepati ramalan apabila muncul juara selepas mengatasi satu lagi bergu negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dalam aksi final.
Pengalaman jelas menjadi pemisah diantara kedua dua bergu ini dimana permainan lebih di dominasi Kian Meng dan Pei Jing.
Soon Huat dan Shevon tidak memberi kemenangan dengan mudah kepada Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang terpaksa menanti selama 35 minit sebelum mengesahkan kejuaraan dengan kemenangan straight set 21-17, 21-9.
Kemenangan ini sekaligus menebus kekecewaan pasangan ranking ke sembilan dunia ini apabila sekadar muncul naib juara pada tahun lalu.
“Saya tidak menjangka kami mampu muncul juara kerana belum berada pada prestasi terbaik ketika menyertai kejohanan ini, namun kami lebih konsisten.”kata Pei Jing.
Sementara itu satu lagi wakil negara yang beraksi dalam acara bergu lelaki gagal mengikuti jejak Kian Meng dan Pei Jing.
Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani gagal menyaingi kehebatan pasangan dari Indonesia, Berry Angriawan-Hardianto apabila tewas straight set 19-21, 12-21.
Lain lain perlawanan, Angus Ng Ka Long muncul juara bagi acara perseorangan lelaki selepas pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il menarik diri akibat kecederaan pada mata kiri.
Angus yang juga pilihan pertama kejohanana tewas 14-21 diset pertama, menang 21-15 di set kedua dan mendahului 10-9 di set penentuan sebelum Lee Hyun Il menarik diri.
Aksi perseorangan wanita turut menyaksikan pilihan pertama dari India, Sania Nehwal muncul juara selepas menundukkan Pornpawee Chochuwong straight set 22-20, 22-20.
Kekecewaan Pornpawee ditebus gandingan bergu wanita Jongkolphan Kittitharakul – Rawinda Prajongjai yang menang ke atas pasangan dari Hong Kong, Poon Lok Yan – Tse Ying Suet 21-17, 21-9.
- Advertisement -