Oleh Ku Mohd Lufti

Pasukan basikal yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan latihan pusat bagi acara lebuh raya, Terengganu Pro Asia Cycling (TSG) berurusan secara langsung dengan Majlis Sukan Negara khususnya pembentangan laporan tentang program yang di atur.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus menjelaskan, Chief De Mission Sukan SEA kontinjen Malaysia Datuk Marina Chin sudah memberikan mandat kepada TSG untuk mengendalikan latihan pusat bagi persiapan Sukan SEA ke 29 Ogos nanti.

“Kami ada perancangan, bukan hanya melibatkan perlumbaan sahaja. Majikan kita adalah Majlis Sukan Negara kerana bantuan kewangan yang kami terima adalah daripada mereka (MSN).

“Datuk Marina ada berjumpa dengan kita dan memaklumkan program latihan untuk Sukan SEA lebuh raya diserahkan sepenuhnya kepada TSG.

“Kita akan hantar laporan tentang perkembangan pelumba pelumba sebulan sekali kepada beliau dan selepas itu salinan laporan akan di hantar kepada pengurus pasukan,” kata Nasiruddin.

Ia sekaligus menyangkal persoalan yang diutarakan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab yang memohon perancangan TSG bagi sukan SEA 2017.

Sembilan pelumba TSG termasuk pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2015, Singapura telahpun berlepas ke Australia untuk menjalani latihan pusat dibawah kendalian Jeremy Hunt.

Program Kita Juara merupakan cetusan idea Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Januari 2015 bagi mempersiapkan atlet untuk melaksanakan misi selaku juara keseluruhan di Sukan SEA ke 29 Ogos ini.

- Advertisement -