Oleh Ku Mohd Lufti

Lima podium pada 2015 termasuk di sukan SEA di Singapura manakala tempat kedua keseluruhan bagi jersi raja pecut Jelajah Malaysia segalanya suram pada tahun berikutnya.

Tiada podium berjaya diraih pakar pecut negara, Anuar Manan sepanjang 2016 dalam tujuh perlumbaan yang disertai jelas sesuatu yang merisaukan.

Tidak mahu cerita 2016 berulang kembali pada tahun ini, Anuar tampak lebih tekad untuk mengembalikan keyakinannya di saingan Le Tour de Langkawi 2017.

“Dibawah jurulatih Jeremy, sistem latihan berbeza dan untuk saya dia ada banyak tekankan latihan untuk pecut manakala pelumba seperti Nur Amirul Fakhruddin Marzuki dan Mohd Shahrul Mat Amin ditekankan latihan pendakian.

“Persedian sudah cukup dan saya mahu dapatkan kembali persembahan seperti 2011 dapat menaiki podium dan bergabung dengan Hariff, Zambri, Amirul dan Dadi, keputusan mungkin sedikit berbeza,” kata Anuar.

Pelumba kelahiran kuala Ibai ini juga memburu podium diawal saingan sebelum pendakian Hors Class di Cameroon Highlands.

“Kalau boleh sebelum pendakian kerana peringkat pertama, laluan masih mendatar manakala peringkat kedua sudah ada pendakian.

“Kita ada Dadi Suryadi sebagai pakar pendaki terbaik untuk cuba merebut jersi putih dan rakan rakan yang lain pastinya akan cuba bantu dia untuk pertahankan jersi putih, justeru kami pastinya akan keletihan ketika itu,” katanya lagi.

LTdL 2016, Anuar Manan gagal menyerlah apabila menduduki tangga ke 95 dalam kategori individu keseluruhan, malah hanya meraih 1 mata dalam perebutan jersi hijau atau raja pecut.

- Advertisement -