Frank Bernhardt(left) born 26 August 1969 is a German professional football manager and former player. On 9 December 2015, he was appointed by the Football Association of Malaysia to be the head coach of the Malaysia national under-23 football team.

Oleh Ku Mohd Lufti

Lebih kurang enam bulan berbaki buat Frank Bernhardt untuk mempersiapkan skuad bawah 22 tahun ke Sukan SEA ke 29 Ogos nanti.

Namun, prestasi semasa tampak semakin membimbangkan tatkala skuad bawah 22 tahun negara diletakkan sasaran untuk meraih pingat emas.

Kekalahan pertama di tahun 2017 dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad bawah 22 tahun Vietnam 0-3, memeperlihatkan lagi kerapuhan barisan pemain yang semakin longlai.

Kesilapan Ahmad Khairil Anuuar yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya seawall minit pertama dimanfaatkan Ho Tuan Tai untuk meletakkan Vietnam di hadapan. 

Gol kedua tuan rumah hadir di minit ke 43 hasil jaringan Van Toan sebelum kapten Vietnam, Nguyen Cong Phuong, menutup perlawanan dengan jaringan ketiga di minit ke 82.

Lebih setahun Bernhardt mengendalikan skuad projek Sukan SEA, sukar untuk menggambarkan dimana kedudukan Malaysia dikalangan pasukan pasukan lain ketika ini.

Benar, aksi persahabatan tidak boleh dijadikan ukuran sebenar, namun ia menceritakan sejauh mana kesiapsiagaan mereka.

Kemeruduman prestasi semakin menonjol pada awal Jun lalu selepas Malaysia tewas kepada Thailand diperlawanan akhir Piala Negara yang berlangsung di Melaka.

Dari situlah Bernhardt semakin berdepan tekanan khususnya masalah kecergasan pemain yang tidak memuaskan.

Pengendali kelahiran Jerman itu hanya bersama dengan lebih 50 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat selama Sembilan minggu sahaja sepanjang 2016 tatkala negara lain mempunyai jadual yang jauh lebih efisien.

Agak menghairankan bagaimana badan induk bolasepak Malaysia (FAM) gagal meyakinkan persatuan negeri atau kelab untuk melepaskan pemain pemain yang dipanggil Bernhardt.

“Bukan mudah untuk memanggil pemain ketika liga sedang berlangsung, ditambah dengan ketiadaan lagi Harimau Muda.

“Pemain pemain adalah milik kelab dan tahun ini sebahagian daripadanya merupakan pemain utama, justeru pengurusan pastinya mahu pemain pemain ini kekal bersama pasukan,” kata Bernhardt.

Masalah kecederaan juga antara faktor, namun komen yang seringkali dilontarkan oleh Bernhardt adalah kecergasan.

Kebanyakkan pemain yang dipanggil tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang disusun oleh Bernhardt dan barisan jurulatih skuad bawah 22 tahun.

Samada enggan mendedahkan kepincangan yang sedang diharungi, Bernhardt tetap fokus dengan program yang diatur untuk menyediakan pasukan yang terbaik.

Malah, ketika dalam dilema susulan pengurusan FAM yang masih lembab untuk mencari jalan penyelesaian bagi meluluskan permintaan Bernhardt untuk mengadakan latihan yang lebih lama, Bernhardt tampak tidak menunjukkan tanda tanda mahu mengalah atau lepas tangan.

Mungkin FAM lupa Sukan SEA juga antara kejohanan antarabangsa yang wajar diberikan perhatian kerana ia melibatkan soal maruah negara.

Bolasepak sudah sinonim dan dilabel senagai ibu bagi segala pingat, bukan sahaja di Sukan SEA, malah, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Olimpik.

2011 menjadi era kebangkitan buat bolasepak apabila meraih pingat emas di Sukan SEA, namun ia semakin pudar Malaysia sekadar menamatkan saingan ditempat keempada pada 2013, malah lebih malang, gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada 2015.

Mungkin Bernhardt perlu tubuhkan sendiri jawatankuasa khas untuk merayu kepada persatuan atau kelab untuk melepaskan pemain pemain yang dipanggil dengan kadar segera bagi menggalas tugas di Sukan SEA kelak.

Buat kerja ibarat melepaskan batuk di tangga, bila dah berputih mata, jangan marah tunding jari kepada sesiapa…ungkapan khas buat FAM.

Bernhardt dijangka akan memanggil semula pemain pemain untuk mengharungi Piala Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 20 hingga 28 Mac depan.

- Advertisement -