BERBAKI 188 hari menjelang bermulanya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pelumba negara berpeluang menguji dan menyesuaikan diri beraksi di trek baru Velodrom Nasional di Nilai selewat-lewatnya awal Mei ini apabila venue itu dijangka siap sepenuhnya pada April.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Dato’ Lokman Hakim Ali, dalam lawatan ke venue berkenaan di Nilai, berpuashati dengan tahap kemajuan pembinaan dan persiapan Velodrom Nilai yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu.

Dato’ Lokman pada Sabtu (11 Feb 2017) mengetuai rombongan meninjau Velodrom berkenaan dan trek BMX bagi memeriksa tahap kemajuan pembinaan venue berkenaan.

Dato’ Lokman dan delegasi juga diberikan taklimat mengenai kerja-kerja pemasangan trek kayu di venue berkenaan oleh Pengarah Urusan Velotrack, Jeffrey Jesussek.

“Kerja-kerja memasang trek telah dilakukan dan dijangka selesai dan siap sepenuhnya pada akhir Mac ini.  Kerja pembinaan berjalan lancar dan lebih awal… ujian ke atas trek dijangka boleh dilakukan pada penghujung April atau Mei, para pelumba boleh melakukan latihan, selain acara ujian untuk memastikan tahap kesediaan trek velodrom dan BMX,” kata Jeffrey, sambil menambah kata kerja  pemasangan trek memerlukan tempoh lapan minggu.

“Kos pembinaan trek membabitkan jumlah ini 1.2 juta Euro (RM5.6 juta) dengan semua peralatan ditempah khas dari Jerman, manakala permukaan trek diperbuat daripada kayu Siberia yang lebih stabil dan berkualiti berbanding kayu Pines,” katanya.

Kewujudan Velodrom Kelas Satu yang mematuhi spesifikasi UCI itu membolehkan Malaysia menganjurkan perlumbaan trek bertaraf dunia termasuk Kejohanan Dunia  yang merupakan acara kedua terbesar dalam kalendar berbasikal dunia.  

“Velodrom Kategori 1 layak menganjurkan Piala Dunia, Kejuaraan Dunia dan juga Sukan Olimpik tetapi ia juga bergantung pada kapasiti tempat duduk penonton,”kata beliau.

Velodrom National Nilai, yang mula dibina pada Januari 2015 dengan kos RM 80 juta, menjadi gelanggang saingan yang mempertandingkan 13 emas pada Sukan SEA dari 19-31 Ogos ini. Manakala, BMX pula menawarkan 2 pingat emas selain saingan lebuhraya 5 emas.

Dato’ Lokman juga berpuashati dengan tahap pembinaan trek BMX, dan berkata: “Pelumba negara sudah menguji trek BMX dan mereka berpuas hati.  Trek ini yang mampu memuatkan 500 penonton pada satu masa, menepati kriteria UCI dan mampu menjadi venue bagi pertandingan peringkat benua.”

Untuk layak bagi kejohanan bertaraf benua, ketinggian bukit adalah lima meter manakala bagi antarabangsa pula lapan meter.

NATIONAL VELODROME AND BMX TRACK READY FOR ACTION IN MAY

NATIONAL track cyclists will be able to gauge their performance on the brand-new track at the National Velodrome in May.

Construction work at the world-class indoor velodrome is expected to be fully completed in April, said Youth and Sports Ministry Secretary-General Dato’ Lokman Hakim Ali after inspecting the National Velodrome and the BMX Track in Nilai on Saturday (11 Feb 2017). Dato Lokman was briefed on the progress of work at both venues and the laying of track at the Velodrome.

“The laying of the track is currently on-going and is expected to be fully completed by end of March. We’re well ahead of schedule, and barring any unforeseen circumstances, riders will be able to test the track by end of April or early May,” said Velotrack Managing Director Jeffrey Jesussek.

“The cost of the track is around Euro 1.2 million (RM5.6 million) with all equipment and materials specially brought in from Germany. The surface of the track is made up of Siberian wood, known for its high quality and stability,” he said, adding that the installation of the timber track is expected to last up to eight weeks.

With the completion of the Class One Indoor Velodrome in Nilai, Malaysia will be able to organise world-class races, including the World Championship, UCI’s second biggest tournament.

“A Class One Velodrome can hold prestigious tournaments which include the World Cup, World Championship as well as Olympic Games,” he added.

Construction of the RM80 million National Velodrome started in January 2015. Come August, the velodrome and BMX track will be a hive of activity as a total of 15 gold medals – 13 in Track Cycling and 2 gold in BMX – will be up for grabs at the venue. The road race will be held in Putrajaya, offering 5 gold medals.  

On the BMX track, Dato’ Lokman expressed satisfaction over its progress of work, adding that the national BMX riders have also tested the track. “The riders have given their thumbs up with the BMX track which has a seating capacity of 500 spectators at one time. The track complied with UCI’s strict specification and is eligible to hold continental events.

- Advertisement -