Oleh Ku Mohd Lufti

Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai hubungan dua hala yang baik dalam aspek sukan khususnya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan Brunei telah memohon untuk mengadakan latihan berbasikal di Malaysia menjelang temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

“Persekutuan Kebangsan Berbasikal Brunei telah menulis surat kepada kami (Kementerian Belia dan Sukan) dimana mereka ingin mengadakan latihan di Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan velodrom.

“Kami mangalu alukan kedatangan pasukan berbasikal Brunei dan pintu tawaran sentiasa terbuka untuk Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan ia tidak hanya tertumpu dalam bidang sukan sahaja,”kata Khairy

Malah, Malaysia dan Brunei turut bertukar tukar kepakaran khususnya pegawai teknikal dan kejurulatihan, namun ianya belum dilaksanakan secara rasmi.

Dalam pada itu, Pehin turut menjelaskan setiap persatuan telah diarahkan untuk mempersiapkan atlet serta melaksanakan pemilihan, termasuk ujian bagi memilih atlet yang bakal mewakili negara di Sukan SEA ke 29.

Persatuan-persatuan dan juga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan sedang gigih membuat persiapan dari segi fasa penilaian bagi menentukan atlet yang bakal mewakili negara nanti.

- Advertisement -