BANDAR Vientiane bakal menjadi hentian ketiga dalam siri Larian Baton Bangkit Bersama yang dianjurkan bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017 – KL 2017) apabila larian tersebut disambung di ibu negara Lao PDR pada 18 Mac 2017.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan akan mengetuai delegasi Malaysia kesana. Beliau akan turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YBrs. Encik Nik Abdul Kadir Nik Muhammad, dan Pegawai Operasi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, Mohd Sofian Hamzah.

Bermula ditugu kebangsaan That Luang sebagai checkpoint pertama, peserta akan mula berlari pada jam 7 pagi sejauh 10 kilometer melalui pelbagai monumen ikonik menarik negara tersebut. Checkpoint kedua adalah Patuxay (monumen memperingati pejuang kemerdekaan negara Lao PDR), manakala checkpoint seterusnya ialah National Cultural Hall. Chao Fa Ngum (patung memperingati Raja FaNgum) pula adalah checkpoint keempat, sebelum mereka bergerak ke Sisaket Temple (kuil Buddha bersejarah yang dibina pada tahun 1818).

Larian akan berakhir di Stadium Chao Anouvong.

Kehadiran atlet profesional negara Lao PDR sebagai pelari utama dijangka akan memeriahkan lagi larian ini.

Larian Baton Bangkit Bersama merupakan pra-acara kepada temasya sukan KL2017 yang dianjurkan oleh MASOC dengan kerjasama negara-negara terlibat. Ia merupakan salah satu usaha mempromosikan KL2017 kepada rakyat di negara-negara peserta di seluruh Asia Tenggara serta untuk mewujudkan kesedaran mengenai penganjuran sukan ini di kalangan penduduk serantau.

Setakat ini, Larian Baton Bangkit Bersama telah mengunjungi dua buah negara peserta KL2017 iaitu Brunei Darussalam dan Filipina yang masing-masing berlangsung pada 5 Mac 2017 dan 12 Mac 2017.

SelepasLao PDR, Larian Baton Bangkit Bersama akan diteruskan ke negara Myanmar pada 25 Mac 2017. KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos 2017 bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.

Untuk maklumat lanjut berkenaan KL2017 dan Larian Baton Bangkit Bersama, sila layari www.kualalumpur2017.com.my

 

LAO PDR RECEIVES KUALA LUMPUR 2017 BATON IN THE RISING TOGETHER BATON RUN

THE city of Vientiane will be the third stop in the Rising Together Baton Run series, organized in conjunction with the 29th SEA Games and 9th ASEAN Para Games (Kuala Lumpur 2017 – KL2017), when the run resumes at the capital city of Lao PDR on 18 March 2017.

Deputy Minister of Youth and Sports, YB Datuk M. Saravanan will lead the Malaysian delegation to Lao PDR and shall be accompanied by the Deputy Secretary General of Ministry of Youth and Sports (KBS), Nik Abdul Kadir Nik Muhammad and the Operating Officer of the Malaysian Organising Committee (MASOC) KL2017, Mohd Sofian Hamzah.

The Rising Together Baton Run will flag-off at 7a.m. at the national monument, That Luang.  Participants will run a 10 kilometer route over six main checkpoints, and pass through several iconic monuments – Patuxay (in remembrance of those who fought for independence), the National Cultural Hall, Chao FaNgum (a statue commemorating King FaNgum), Sisaket Temple (a historic Buddhist temple built in 1818), and Chao Anouvong Stadium.

The presence of Lao PDR professional athletes are expected to make the run more exciting.

 

The Rising Together Baton Run is organised by MASOC with the cooperation of the participating countries as a prelude to KL2017.  It is one of the initiatives to promote KL2017 within participating countries, as well as to reflect the spirit of unity and togetherness amongst Southeast Asian countries through sports.

Two countries have thus-far hosted the Rising Together Baton Run, Brunei Darussalam and the Philippines on 5 March 2017 and 12 March 2017 respectively.

After Lao PDR, the Rising Together Baton Run shall proceed on to Myanmar on the 25th of March 2017. The KL2017 will take place on 19 to 31 August 2017 for the SEA Games and 17 to 23 September 2017 for ASEAN Para Games.

For more information about KL2017 and Rising Together Baton Run, please visit www.kualalumpur2017.com.my

 

- Advertisement -