PERSEKUTUAN Sukan Asia Tenggara (SEAGF) bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengawal aspek hak penyiaran bagi Sukan SEA, temasya sukan dwi tahunan terbesar di rantau ini.

Jawatankuasa Eksekutif SEAGF, pada mesyuarat di Kuala Lumpur pada Selasa (21 Mac), meluluskan penubuhan Jawatankuasa Penyiaran SEAGF bagi memastikan pengendalian aspek penyiaran dan hak bagi temasya Sukan SEA di masa depan dikawal dengan baik dan adil.

Penubuhan Jawatankuasa itu merupakan yang pertama seumpamanya sejak SEAGF ditubuhkan pada 1958.  Mesyuarat dihadiri wakil kesemua negara anggota SEAGF kecuali Kemboja.

Presiden SEAGF Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata:  “Penubuhan Jawatankuasa Penyiaran SEAGF telah diluluskan bagi tujuan mengawal dan menetapkan hak penyiaran bagi Sukan SEA.”

“Kami berharap dapat mengawal jumlah keuntungan untuk dibahagikan sama rata di kalangan organisasi dan badan penyiaran di negara negara peserta,”kata Tan Sri Tunku Imran.

Menyedari lebih banyak stesyen penyiaran swasta dan komersial akan ditubuhkan pada masa depan, SEAGF berpendapatan kewujudan jawatankuasa ini perlu untuk mengelakkan berlakunya monopoli.

“Badan-badan penyiaran kebangsaan tidak mampu membuat liputan kesemua acara sukan… badan penyiaran swasta dan komersial perlu berkongsi keuntungan dengan Majlis Olimpik negara masing masing, SEAGF dan penganjur untuk kebaikan bersama.”

Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai wakil setiap negara dan dipengerusi negara tuan rumah.

 

SEAGF APPROVES SETTING UP OF BROADCAST COMMITTEE

THE SEA Games Federation (SEAGF) has approved the setting up of a committee which governs broadcasting rights for SEA Games, the region’s biggest sporting extravaganza.

In its meeting in Kuala Lumpur on Tuesday (21 March), SEAGF Executive Committee approved the proposal to form a Broadcast Committee which will oversee broadcasting aspects including rights and management in the SEA Games.

This, according to SEAGF President Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar will avoid the issue of monopoly by broadcasting organisations during the Games.

Except Cambodia, the meeting was attended by all SEAGF members.

Said Tan Sri Tunku Imran:  “The SEAGF Broadcasting Committee will act to ensure that all broadcasting aspects and rights for SEA Games are properly governed.”

“This include sharing profits derived from broadcasting fairly to broadcasting organisations in other member countries,” said Tan Sri Tunku Imran.

In view of the establishment of more private and commercial stations in future, SEAGF needs to regulate the broadcasting aspects to avoid monopoly.

“Some of the public broadcasters may not be able to cover all sports during the Games. The private and commercial stations need to share their profits with the respective NOCs, SEAGF and organisers so that everybody gains,” he said.

The SEAGF Broadcasting Committee will be made up of representatives from all member countries and chaired by the host country.

- Advertisement -