Frank Bernhardt(left) born 26 August 1969 is a German professional football manager and former player. On 9 December 2015, he was appointed by the Football Association of Malaysia to be the head coach of the Malaysia national under-22 football team.

Oleh Muhammad Aiman

Gol minit akhir jaringan N. Thanabalan berjaya membantu Malaysia B-22 bangkit mengikat China 1-1 dalam aksi pembukaan Kejohanan Piala Dubai 2017.

Aksi di Stadium Police Officers Club, Dubai itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang dengan Frank Bernhardt mempertaruhkan rangkaian tiga penyerang – Syafiq Ahmad, Adam Nor Azlin dan Thanabalan bagi memburu jaringan.

Namun ianya China yang terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-69 menerusi penalti disempurnakan Yao Jun Sheng.

Skuad Bernhardt yang ketika ini dalam persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 tidak mengalah dan berjaya menyelamatkan satu mata pada masa kecederaan menerusi jaringan Thanabalan, pemain yang beraksi bersama kelab Liga FAM, Felcra FC.

Aksi Malaysia yang seterusnya adalah menentang Thailand pada Khamis (23 Mac), diikuti Singapura (26 Mac) dan Jordan (28 Mac). Bernhardt sebelum ini sudahpun mendedahkan bahawa skuad yang dibawanya ke Dubai ini adalah bayangan awal skuad yang bakal beraksi di KL 2017.

Dengan kurangnya kejohanan-kejohanan kompetitif serta pendedahan buat pemain di pentas antarabangsa, peluang ini harus dimanfaatkan sepenuhnya barisan pemain bagi membuktikan kemampuan mereka seterusnya merebut kepercayaan Bernhardt.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi, Jordan menewaskan Singapura 2-0. Singapura yang turut sama dalam persiapan Sukan Sea selepas ini akan menentang pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu.

- Advertisement -