Logo ini pula dicipta berasaskan Wau Bulan, lambang kebanggaan Malaysia.Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara untuk membentuk identiti Kuala Lumpur 2017.

Oleh Ku Mohd Lufti

Jawatankuasa Olimpik Indonesia (KOI) melantik Aziz Syamsuddin sebagai Chief de Mission (CDM) bagi kontinjen Indonesia ke Sukan SEA ke 29 Ogos ini.

Keputusan itu dibuat selepas KOI menngadakan perbincangan dan dipersetujui oleh Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia.

Wakil Ketua KOI, Muddai Madang menjelaskan Aziz yang juga Pengurus Pusat Persatuan Kriket Indonesia (PP PCI) dilihat sebagai calon yang sesuai untuk menggalas tugas ini.

“Kami sepakat untuk melantik Aziz Syamsuddin sebagai CDM Sukan SEA 2017. Kami juga berharap beliau mampu untuk memberikan komitmennya untuk memimpin dan bersama sama dengan atlet untuk berjuang demi negara Indonesia,”kata Muddai.

Lagenda badminton Indonesia, Susy Susanti sebelum ini diberi peranan untuk menggalas tugas selaku CDM, namun pemenang pingat emas Sukan Olimpik 1992 itu menolak tawaran tersebut.

“Kemenpora percaya peranan yang diberikan kepada Aziz adalah yang terbaik dan beliau mampu untuk membawa kontinjen Indonesia di Sukan SEA tahun ini,”Katanya lagi.

Temasya Sukan SEA ke 29 dijadual berlangsung dari 18 hingga 30 Ogos 2017.

- Advertisement -