OlehĀ Ku Mohd Lufti

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih menanti keputusan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berhubung lokasi bagi sambutan kemerdekaan ke 60 di Dataran Merdeka.

Lokasi tersebut merupakan venue yang dipilih untuk acara memanah bagi Sukan SEA ke 29 dan dijadual berlangsung pada penghujung bulan Ogos pada asalnya.

Kata Khairy, jika sambutan kemerdekaan diadakan di Dataran Merdeka, venue bagi acara memanah berkemungkinan akan diubah samada di Majlis Sukan Negara dan Universiti Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.

ā€œSemua venue lain sudah dimuktamadkan kecuali memanah kerana kita masih menunggu keputusan KKMM berkenaan venue sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

ā€œJika venue itu adalah Dataran Merdeka , jadi kita akan pindah ke venue memanah di MSN Bukit Jalil dan kalau ditempat lain sebab ada cadangan di tempat lain, saya serah kepada KKMM untuk umumkan dan jika ada, kita boleh buat di Dataran Merdeka. Kita bersedia untuk kedua dua pilihan,ā€kata Khairy.

Gelanggang memanah yang terdapat di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pernah menjadi tuan rumah bagi kejohanan memanah Sirkit Asia.

- Advertisement -