Samada tidak tahan dengan kritikan atau ‘bercakap dengan cermin’, hanya Tan Sri Annuar Musa sahaja yang lebih ‘memahami’.

Pagi ini, beliau meluahkan kekecewaan terhadap laporan media tempatan yang mengkritik tindakan KAFA mendapatkan dua pemain import sedang isu tunggakan gaji masih belum selesai.

“Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang mendakwa diri sebagai PRO tapi mencampakkan profesionalisma PROFESIONALISMA mereka dalam longkang.

“Mereka memilih untuk menulis dalam media sosial tanpa ada tanggungjawab untuk memeriksa fakta dan peraturan.

“Tutup mulut kalau sekadar pandai bercakap…

“Menukar pemain tidak semestinya menambah kos,terutama bila pasukan ada perjanjian tertentu dengan ejen dan pemain berkaitan dengan prestasi mereka atau tahap kecergasan mereka.

“Menukar pemain untuk memperbaiki prestasi adalah sebahagian daripada usaha memperbaiki cashflow pasukan. Dan ia dibuat dengan mengambil kira cost benefit analisi yang teliti,”kata Annuar dipetik daripada entri Facebook.

Malah, artikel daripada Berita Harian Online dan kenyataan daripada Jonathan Mckain dan Blazhe Ilijoski berkenaan isu tunggakan gaji di laman social tweeter di paparkan di laman akaun peribadi Annuar Musa.

“Shut up”if you never run A PROFESSIONAL TEAM AND NEVER IN THE POSITION OF RESPONSIBILITY TO RAISE MONEY TO PAY FOOTBALLERS.

“Kalau sekadar tau “makan gaji” usah berlagak profesional….

“Kepada x players yg suka main fb/Twitter WE HV TOLERATED YOUR UNCALLED FOR BEHAVIOR LONG ENOUGH..mengeluarkan kenyataan yg tidak tepat mengenai pasukan ADALAH SATU PERLANGGARAN KONTRAK…..sekiranya itu tidak di hormati PASUKAN JUGA BERHAK UTK TIDAK BERSIMPATI TERHADAP KAMU.

Sebagai PENAJA kita akan terus membantu pasukan memperbaiki PRESTASI PASUKAN YG KAMI TAJA TERUTAMA PASUKAN YG SENTIASA DI CEMBURUI DAN SERING DI ANIAYAI,”katanya lagi menerusi entri di Facebook.

 Samada terlalu ‘bijak’ sehingga tidak mampu menerima pandangan daripada pihak lain yang dianggap tidak professional, annuar mungkin terlupa adakah menguruskan kelab dengan status berhutang selama 25 tahun sesuatu yang membanggakan dirinya?

Tidak dinafikan kelab kelab lain mungkin mempunyai hutang pengurusan, namun pemain pemain samada tempatan atau import tidak mengeluh sepanjang musim melibatkan soal gaji.

 Pemain berhak untuk bersuara andai tuntutan mereka tidak dipenuhi, dan banyak lagi saluran yang boleh mereka gunakan termasuk FIFA andai tiada jalan penyelesaian.

Kepada Annuar Musa dan pengurusan KAFA; kalau sekadar tahu makan duit orang, usah berlagak professional. – OLEH KU MOHD LUFTI

https://www.facebook.com/tansri.annuarmusa
- Advertisement -